Perasan atau tidak, apabila lipas sudah hampir mati, lipas akan menerbalikkan badannya sendiri dan akan mati dalam keadaan demikian. Sebabnya?
Apabila lipas terhidu bau racun serangga perosak, sistem sarafnya akan terkesan dan menyebabkan kekejangan otot, seterusnya menyebabkan lipas akan menterbalikkan badan mereka.
Selepas lipas terbalik, amat sukar untuk lipas membetulkan badan mereka dalam keadaan asal, seterusnya menyebabkan mereka mati begitu sahaja.
Tambahan lagi, lipas amat tidak suka pada jubin atau lantai yang licin kerana ia menyukarkan mereka untuk membetulkan badan dalam keadaan terbalik.
0 Response to "Anda Pelik, Kenapa Lipas Nak Mati Terbalikkan Badan"
Post a Comment