Propellerads
Propellerads

PICTURE - Adakah Kerana Menyokong Malaysia, US Standby Beberapa Trak Peluru Berpandu di Korea Malam Tadi....



DUA buah trak yang membawa pelancar peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) tiba di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan semalam.


SEOUL 7 Mac - Amerika Syarikat (AS) telah mula menempatkan bahagian pertama sistem pertahanan peluru berpandu kontroversi dikenali sebagai Sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan dalam usaha melindungi negara ini daripada ancaman Pyongyang.

Pemasangan sistem berkenaan dibuat sehari selepas Korea Uta­ra melancarkan empat peluru berpandu balistik yang diselia sendiri oleh pemimpin negara berkenaan, Kim Jong-un dengan menjadikan pangkalan tentera Amerika di Jepun sebagai sasaran.

Dalam pelancaran empat pe­luru balistik itu, tiga daripada­nya jatuh ke perairan laut Jepun.

“Tindakan provokasi berterusan oleh Korea Utara termasuk pelancaran pelbagai peluru berpandu semalam hanya mengesahkan keputusan oleh per­ikatan kami tahun lalu untuk menghantar THAAD ke Korea Selatan,” kata Ketua Pemerintah Angkatan Tentera AS di Pasifik, Laksamana Harry Harris.

Bagaimanapun tindakan AS itu memburukkan lagi konflik antara Seoul-Beijing dengan China me­nuduh penempatan THAAD memusnahkan keseimbangan ke­selamatan serantau.

Dalam perkembangan ber­ka­itan, Presiden Amerika, Do­nald Trump dan Perdana Menteri Jepun membincangkan ujian peluru berpandu Pyongyang dalam satu perbualan telefon, hari ini.

“Jepun dan AS mengesahkan bahawa pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara jelas mencabuli resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan provokasi terhadap masyarakat serantau dan antarabangsa.

“Ancaman Korea Utara kini memasuki fasa baharu,” tegas Abe kepada media.

Trump menurut pejabat Pre­siden Korea Selatan pada masa sama bercakap dengan pemang­ku Presiden negara itu, Hwang Kyo-ahn bagi membincangkan pe­lancaran peluru berpandu ber­kenaan.

Korea Utara yang telah me­laksanakan beberapa siri ujian nuklear dan peluru berpandu yang bercanggah dengan resolusi PBB sambil mengeluarkan kenyataan lantang Pyongyang selepas mela­kukan ujian peluru berpandu ba­listik itu.

“Dalam jiwa anggota tentera terdapat keinginan untuk membalas dendam terhadap pihak yang melancarkan provokasi de­ngan mengadakan latihan perang bersama (Korea Selatan-AS),” lapor agensi berita KCNA.

Tambah agensi itu, Jong-un telah mengarahkan Pasukan Stra­tegik Tentera Rakyat Korea supaya bersiap siaga jika diperlukan ekoran keadaan tegang yang boleh mencetuskan perang pada bila-bila masa.

Menurut pasukan risikan dan tentera Korea Selatan, empat peluru berpandu yang dilancarkan Pyongyang dipercayai adalah versi naik taraf peluru berpandu Scud. – REUTERS

0 Response to "PICTURE - Adakah Kerana Menyokong Malaysia, US Standby Beberapa Trak Peluru Berpandu di Korea Malam Tadi...."

Post a Comment