BUTTERWORTH : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu nya bertembung dengan kereta seorang wanita remaja yang memandu secara merbahaya melawan arus.
Lelaki terbabit maut ditempat kejadian mangsa dikenali dengan nama Fandi baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengikut sahabat nya lagi isteri arwah yang dikenali dengan nama Noura sendang mengandung anak sulung mereka.
Remaja terbabit menjadi kecaman Netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan, gambar beliau ditempat kejadian menjadi kecaman netizen.
Sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikata kan telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa kenderaan lain apakah motifnya tidak lah pasti mungkin diriny berniat untuk bunuh diri.
Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.
Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.
"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.
"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.
0 Response to "TERKINI CERITA PENUH - 'Akibat wanita ini pandu lawan arus .. Pengantin baru maut kereta bertembung tinggal isteri sedang mengandung."
Post a Comment