Propellerads
Propellerads

Payudara Kendur, Cara Memakai Bra Anda Salah Selama Ini.

Pemakaian baju dalam atau bra (coli) yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta pemakaian betul akan membantu wanita memelihara aset berharga ini agar kekal mantap dan pejal.
Namun begitu, hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara.
1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir
Cara Tepat: Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai.
2. Tali Coli Belakang Terangkat
Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.
3. Memendekkan Tali Coli
Cara Tepat: Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali coli sehingga meninggalkan kesan pada bahagian bahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya, tali coli yang sepadan tidak akan meninggalkan bekas pada tubuh. Jika anda mengetatkan tali bra kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tidak sesuai dengan saiz payudara.
4. Terdapat Benjolan
Cara Tepat: Perhatikan dengan telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya mangkuk tersebut tidak dapat menampung saiz payudara anda. Sepatutnya coli yang tepat, tidak menyebabkan benjolan terkeluar daripada mangkuk. Anda disaran memilih mangkuk yang besar bersesuaian dengan saiz payudara anda. Pastikan tiada benjolan terkeluar walaupun ketika anda mengangkat tangan.
5. Mangkuk Tidak Melekap
Cara Tepat: Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh anda. Jika mangkuk terangkat, ertinya coli itu tidak sesuai buat anda. Mangkuk coli yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini.
Sumber: Mingguan Wanita

0 Response to "Payudara Kendur, Cara Memakai Bra Anda Salah Selama Ini."

Post a Comment