Propellerads
Propellerads

Product Cuci Kerak Usus BENAR ATAU TIDAK?? - Jangan Mudah Percaya


Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa wujudnya kekotoran pada usus yang perlu dicuci. Katanya disebabkan kekotoran di dalam usus itulah yg menyebabkan pelbagai penyakit daripada rasa lemah badan sehinggalah punca kanser.
Malah ada yg percaya wujudnya kerak usus yg boleh dikeluarkan menggunakan beberapa jenis produk.
Bukti yg selalu ditunjukkan oleh mereka adalah gambar kamera yg dimasukkan ke dalam saluran pembuangan najis manusia iaitu drpd dubur.
Kami ingin memberitahu beberapa perkara agar para pengguna dan masyarakat mengetahui apa yang sedang berlaku:

1) Usus yang bersih vs Usus yang tidak bersih
Bukti yang selalu ditunjukkan oleh penjual produk adalah gambar kemera yang menunjukkan usus yang bersih dan juga usus yang kotor iaitu yg mempunyai banyak najis. Kata mereka usus yang bersih itu adalah disebabkan orang itu menggunakan produk mereka.

PROSEDUR COLONOSCOPY DAN BOWEL PREPARATION
Ingin saya memberi tahu para pembaca perkara yang sebenar. Sebelum prosedur memasukkan kamera ke dalam saluran najis(Colonoscopy) pesakit akan menjalani satu prosedur.
Prosedur ini dipanggil sebagai ‘persediaan usus'(Bowel preparation). Bermaksud kita hendak menyediakan usus pesakit supaya bersedia untuk dimasukkan kamera. Dalam prosedur ini semua najis perlu dikeluarkan sebelum prosedur colonoscopy itu dibuat.
Utk bowel preparation, selalunya kita akan beri ubat yang akan membuatkan seseorang itu mengeluarkan majoriti najis. Bukan setakat itu sahaja, beberapa hari sebelum itu, pesakit dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang mempunyai fiber yg tinggi termasuk daging dan susu kerana ia susah untuk dicernakan di dalam usus.
Kita masuk pula bahagian yang membongkar penipuan. Gambar usus yang kotor itu hanya menunjukkan pesakit tidak melakukan prosedur ‘bowel preparation’ dgn betul sahaja membuatkan najis masih tertinggal di dalam usus. Tidak lebih drpd itu. Tetapi pengusaha produk menafsirkan benda lain pula.
Jika dia mengikuti arahan yang diberi, insyallah ususnya akan bersih. Dan ini memudahkan doktor yang melakukan prosedur colonoscopy tersebut.
Sbg tambahan, jika usus terlampau kotor ketika prosedur colonoscopy, paling kurang pun doktor akan batalkan prosedur itu dan bagi appoinment utk buat bowel preparation dengan betul. Doktor langsung tidak akan kata usus awak kotor dan membuat kesimpulan awak banyak penyakit.

Gambar menunjukkan tahap ‘Bowel Preparation’

2) Produk membersihkan usus
Gambar yang selalu digunakan dalam internet yang menunjukkan usus bersih dan usus kotor itu hanyalah penyalahgunaan gambar. mereka menggunakan gambar tersebut utk memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat.
Sedangkan gambar itu hanya menunjukkan pesakit tidak menjalani persediaan usus yang betul. Itu sahaja.
Malah tak pernah para doktor suruh pesakit mengambil produk2 seperti yang digembar gemburkan dapat membersihkan usus sebelum prosedur colonoscopy
Gambar itu hanya digunakan supaya masyarakat mempercayai produk mereka.

Gambar produk yang hanya bertujuan untuk promosi

3) Kewujudan Kerak Usus
Ramai yang percaya kewujudan kerak usus. Katanya makanan yang lama boleh terhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga menjadi satu lapisan. Lapisan makanan yg lama ini dipanggil sebagai kerak usus.
Ingin saya bertahu pada para pembaca bahawa pegerakkan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus sendiri boleh menghasilkan enzim ataupun bendalir untuk mengelakkan najis daripada sentiasa melekat pada dinding usus. Nak bawa maksud disini bahawa sebenarnya tidak wujud istilah kerak usus.
Tanyalah para doktor yang selalu membuat prosedur endoskopi, adakah mereka pernah menjumpai kerak usus? Jawapannya sudah tentu tidak. Saya pun sebelum ini selalu melihat doktor pakar buat colonoscopy dan saya tidak pernah menjumpainya.
Kerak usus yg viral sebelum ini merupakan makanan yang tidak tercerna mungkin disebabkan pemakannya tidak mengunyah makanan tersebut dgn betul.

0 Response to "Product Cuci Kerak Usus BENAR ATAU TIDAK?? - Jangan Mudah Percaya"

Post a Comment