SHAH ALAM, SELANGOR - "Apa perasaan anak-anak kita bila diberi makan oleh taska dengan lauk yang sedemikian?" itulah persoalan seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan hidangan yang diberikan kepada anaknya.
Zulfiqry Zulfakar, memuat naik luahan kekecewaannya itu pada 5 Januari lalu di laman Facebook berkata, dia dan beberapa ibu bapa yang lain juga pernah mengadukan perkara itu kepada pengusaha taska tersebut pada tahun 2016, namun aduannya seperti tidak diendahkan.
"Tergamak ke kita sebagai seorang ayah dan ibu beri makan pada anak-anak kita seperti ini? Tahun 2016 dah report, tetapi berlaku lagi di tahun 2017. Kerasnya hati seorang pengusaha taska.
"Balik ini, tanya anak-anak kita. Apa makanan yang diberikan kepada mereka di taska," katanya.
Difahamkan, Zulfiqry menghantar anaknya ke taska berkenaan dari pagi hinggalah ke petang dan yuran bulanan RM450.
"Ini boleh dikatakan selalu juga, lebih kurang begini. Kadang-kadang tukar telur dengan fish ball. Kadang-kadang ayam carik-carik. Kasihan anak-anak," katanya lagi.
Status Zulfiqry itu viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya dari golongan ibu bapa dan pekerja taska.
"Saya lihat menu dalam gambar ini sudah okay dan berkhasiat. Cuma tidak adil kalau kita nak kata mak ayah yang tak setuju dengan penyediaan makanan di atas sebagai teruk dan terlalu manjakan anak.
"Kalau bayaran yuran mahal sehingga RM600 lebih sebulan, wajar kalau menu makanan diupgrade. Takkan sama macam tadika sebulan bayar RM50?" kata Muhammad Abduh Nursalam berkongsikan pandangannya.
Menurut Suriana Megat Zabidi, pengusaha tadika berkata, "Menu tadika saya telur seminggu sekali. Untuk makluman, anak-anak tadika saya suka makan telur. Memang kami beri anak nasi dan lauk sikit-sikit dahulu sebab nak mendidik anak-anak untuk tidak membazir. Kalau tak cukup, boleh tambah sehingga 8 kali pun.
"Mohon encik semak menu tadika selama seminggu. Jika setiap hari makan telur, memang harulah. Tetapi jika ianya diselang seli dengan lauk lain, it's good enough for RM450. Be fair be just to the Kindergarden," katanya.
Banyak kebanyakan netizen yang lain, menu makanan yang diberikan adalah normal dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Bagaimana dengan pandangan anda?
0 Response to "Dia Ingat Anak-Anak Kite Ni Haiwan, hanya ini Makanan Diberikan di taska?'"
Post a Comment