Propellerads
Propellerads

4 Artis Popular Tarik Sokongan Kepada ‘Terapi Ozon’, Minta Peminat Lupakan Testimonial - Jangan Terlalu Mudah Percaya



berapa orang selebriti juga sebelum ini telah memberi sokongan kepada rawatan terapi ozon yang dipasarkan di Instagram tetapi kini beberapa orang selebriti yang menyokong dan memberi testimonial terhadap perkhidmatan terapi ozon mahu peminat mereka yang terpengaruh untuk berhenti menggunakan perkhidmatan tersebut.
NST Online memberitahu, antara selebriti terbabit ialan Remy Ishak, ZIzan Razak, Reen Rahim, Julia Ziegler dan Ashraf Muslim.
Remy memberitahu yang dia diberitahu oleh pengendali perkhidmatan itu yang ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya terbabit dengan promosi terapi itu tetapi ia satu kesilapan. Saya pun manusia biasa. Saya tak dapat maklumat yang mencukupi sebelum membabitkan diri dengan perkhidmatan yang saya promosikan itu. Mereka mendakwa yang ia diluluskam KKM, tapi saya patut lebih tahu. Saya tarik balik sokongan terhadap perkhidmatan tersebut.
Sebenarnya saya tak rasa apa-apa perubahan selepas menjalani prosedur itu (terapi ozon). Saya rasa lebih sihat selepas bersenam di gym. Saya akan beritahu pengendali perkhidmatan itu untuk buang promosi melibatkan saya dari lamannya.
Manakala Zizan Razak memberitahu yang dia sebenarnya tidak menjalani prosedur tersebut walaupun mempromosikannya.

Jujurnya, walaupun video dan gambar menunjukkan seolah-oleh saya menjalani rawatan tersebut, saya tak berani kerana beberapa hari sebelum itu, saya dapat tahu ada orang yang ada masalah buah pinggang jalani terapi ozon dan meninggal dunia tak lama kemudian.
Saya sebenarnya tak berfikir masak-masak sebelum tolong kawan saya promosikan perkhidmatan itu. Saya hanya setuju biarkan tiub-tiub ditampal dengan pita pelekat pada lengan saya.
Kepada peminat saya, tolong abaikan ‘testimonial’ mengenai suntikan vitamin dan terapi ozon. Tolong periksa kelulusan dan keselamatan produk sebelum gunakannya. Jangan ambil lewa kerana akibatnya boleh jadi sangat buruk. Lindungi badan dan kehidupan anda, jangan ambil risiko beli produk yang meragukan.

Sementara itu, Ika Nabila, memberitahu yang dia menghadapi masalah hypoglycaemia (kekurangan gula darah) ketika menjalani terapi itu.

Saya mengalami hypoglycaemia semasa sedang menjalani terapi ozon. Saya masih ingat rasa sangat takut bila darah saya dikeringkan dan saya menggeletar. Saya minta mereka beri saya makan sesuatu yang manis, jadi mereka masukkan sekeping coklat ke dalam mulut saya. Mereka sebelum itu yakinkan saya ada seorang doktor yang mengawal terapi itu tetapi sebenarnya tiada. Tiada proses penyediaan, dan gula darah serta degupan jantung saya tidak diperiksa. Mereka cuma terus masukkan jarum pada lengan saya.
Saya takkan syorkan rawatan ini pasa sesiapa, apatah lagi ia tiada kelulusan KKM dan mereka pula gunakan gmbar saya untuk promosi. Saya minta maaf jika saya kelihatan seperti promosikan terapi itu. Saya tak mahu perkara buruk terjadi pada sesiapa.
Julia Ziegler memberitahu yang dia diberitahu terapi itu boleh membantu mengatasi masalah ruam yang dihadapinya tetapi dia mendapati dirinya tiada perubahan selepas mendapatkan terapi tersebut. Dia juga tidak tahu perkhidmatan itu diharamkan.

Reen Rahim pula fikir bahawa rawatan itu sama seperti bekam dan meminta orang ramai lebih berhati-hati.

Ashraf Muslim pula memberitahu dia hanya melakukan rawatan itu sekali saja dan mengakui dia tidak tahu dengan sepenuhnya tentang rawatan itu. Dia menyangka, disebabkan pengandali rawatan beroperasi tanpa sekatan, ia sebenarnya diluluskan pihak berkuasa dan meminta maaf kerana tidak menyelidik dengan mendalam.

Setelah diberi makluman mengenai bahaya rawatan seperti itu yang berpotensi memudaratkan orang ramai, mereka berharap peminat ‘melupakan saja’ sokongan yang pernah mereka beri pada perkhidmatan tersebut. Ada yang telah meminta gambar-gambar mereka dipadam dari akaum Instagram terlibat.
Era media sosial ini, pelbagai individu tampil dengan pelbagai produk atau perkhidmatan kesihahatan dan kecantikan dengan beribu manfaat tetapi sebenarnya hanya dakwaan.
Cerita berlegar bahawa banyak produk / perkhidmatan kecantikan dan kesihatan membawa mudarat, misalnya produk kecantikan yang menyebabkan kulit muka berjerawat dan bernanah, terkena kanser pangkal rahim setelah mengamalkan masuk jamu ke dalam vagina dan ada yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati setelah menyuntik cecair kecantikan ke dalam badan.

0 Response to "4 Artis Popular Tarik Sokongan Kepada ‘Terapi Ozon’, Minta Peminat Lupakan Testimonial - Jangan Terlalu Mudah Percaya"

Post a Comment