Daging ayam adalah salah satu jenis daging yang paling sering kita makan. Selain harganya yang murah, daging ayam juga memiliki rasa yang lazat sehingga banyak orang yang menyukainya.
Tapi, tak banyak yang tahu jika daging ayam itu mengandungi racun di bahagian-bahagian tertentu. Jika anda sering makan ternyata seperti anda makan racun.
Nah, ini adalah lima bahagian daging ayam yang dikatakan mengandungi racun.
1. Kepala ayam
Kepala ayam adalah bahagian yang paling banyak mengandungi racun. Ini kerana beberapa penternak ayam beiasa menambahkan zat kimia pada makanan ayam hingga terkumpul di bahagian otak ayam apabila ia makan makanan itu.
2. Kepak ayam
Kepak ayam adalah bahagian yang paling sering disuntik hormon oleh penternak ayam, sejak ayam kecil hingga dewasa. Sehingga bahagian ini paling banyak mengandungi unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
3. Leher ayam
Leher ayam dipenuhi dengan urat darah dan kelenjar. Dalam kelenjar ini mengandung banyak bakteria dan kuman penyakit. Jika dimakan manusia, boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan.
4. Punggung ayam
Punggung ayam adalah bahagian yang paling banyak disukai oleh orang. Tapi anda perlu hati-hati kerana bahagian ini tidak baik untuk dimakan. Punggung ayam merupakan tempat berkumpulnya kelenjar yang mengandung banyak bakteria dan kuman penyakit.
5. Kulit ayam
Kulit ayam juga tidak baik untuk dimakan kerana di kulit ayam terdapat banyak lemak yang mengandungi banyak antibiotik, hormon, dan racun. Di dalam kulit ayam terdapat banyak racun yang larut dalam lemak, yang berkemungkinan akan memengaruhi hati anda.
0 Response to "Elak Makan 5 Bahagian Ayam Ini Seakan Menelan Racun"
Post a Comment