Propellerads
Propellerads

Sultan Johor harap kuasa Raja tak dihapuskan

Sultan Johor harap kuasa Raja tak dihapuskan -  Lebih teruk lagi memaksa Agong bertindak mengikut apa jua nasihat jemaah Menteri.


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya kuasa Agong dan Raja-Raja tidak dihadkan atau dihapuskan dan menjadikan peranan institusi Diraja sebagai ‘rubber stamp’ untuk menurunkan mohor semata-mata.

Sultan Ibrahim bertitah, raja memainkan peranan penting dalam hal ehwal dewan negeri yang menjadikan hubungan antara institusi Diraja, badan perundangan dan badan eksekutif saling melengkapi.

 “Adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang itu dihadkan atau dihapuskan.

“Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai ‘rubber stamp’ untuk menurunkan cop mohor terhadap rang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri,” titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah supaya, pindaan Perkara 40(1A) dan Perkara 66(4A) dalam Akta 885 Perlembagaan Persekutuan pada Jun 1994 yang telah merampas kuasa Yang Dipertuan Agong diperbetulkan semula.

“Jika dulu orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa Raja dikecilkan tetapi kini parti politik Melayu jugalah yang mengehadkan kuasa Agong.

“Lebih teruk lagi memaksa Agong bertindak mengikut apa jua nasihat jemaah Menteri. Inilah pindaan sebagaimana Akta 885 yang berkuat kuasa mulai 26 Jun 1994 yang merampas kuasa Agong demi kepentingan individu dan politik.

“Saya berharap perkara ini dapat diperbetulkan semula,” titahnya.

0 Response to "Sultan Johor harap kuasa Raja tak dihapuskan"

Post a Comment