Propellerads
Propellerads

kerap kali diasak Kini NAJIB pula pecah Rahsia.....


PUTRAJAYA – Biarpun kerap kali diasak dengan serangan dan kritikan daripada pelbagai pihak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tetap tenang dan meneruskan tanggungjawabnya seperti biasa.
Berkongsi rahsia ketena­ngannya itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: “Saya tidak boleh gelabah sebagai seorang pemimpin.”
Katanya, beliau juga sedar bahawa setiap pemimpin atau individu itu pasti tidak terlepas daripada berdepan ujian Allah tidak kira apa cara sekalipun.
Malah, Najib berkata, cabaran yang sedang dihadapinya kini tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan zaman bekas-bekas Perdana Menteri seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Zaman Allahyarham Tun Razak juga berdepan dengan ujian seperti insiden 13 Mei manakala zaman Dr. Mahathir pun lagi banyak ujian, sampai parti UMNO diharamkan, krisis kewangan yang dahsyat, orang bankrap begitu ramai dan masalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya ketika diwawancara bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-70 UMNO pada 11 Mei ini di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Temu ramah itu dikendalikan oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sambutan Hari UMNO Ke-70 yang dijadualkan esok ditunda kepada Khamis ini.
Beliau berkata, ia bagi memberi penghormatan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 Mei ini. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz48DliaSLD 
Hakcipta terpelihara 

0 Response to "kerap kali diasak Kini NAJIB pula pecah Rahsia....."

Post a Comment