Propellerads
Propellerads

Annuar dan Dr Vida mengakui kami tidah pernah bermusuh demi bola sepak kelantan.

Annuar dan Dr Vida mengakui kami tidah pernah bermusuh



KUALA LUMPUR: Selepas dilaporkan berbalah dengan berbalas kenyataan di media sosial, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu memastikan hubungannya dengan penaja utama, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida kembali erat dalam memajukan bola sepak Kelantan. "Saya dan Dr Vida sepakat yang kita tidak patah hati, tidak lemah semangat dan tidak ambil hati dengan apa yang orang lain perkatakan.

"Kita mahu pandang ke hadapan, kita mahu usaha lagi untuk Kelantan kekal sebagai pasukan yang kuat dan disegani dalam Liga Malaysia (Liga M). "Saya akui tahun ini saya sibuk dan kurang beri perhatian. Dulu saya jaga pemain setiap masa, saya akur kelemahan saya dan akan cuba memperbaikinya," kata Annuar kepada BH Sukan selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Vida di sini, malam kelmarin.

Annuar dan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu berbincang panjang lebar berkenaan hala tuju pasukan dan mengenal pasti kelemahan pada setiap aspek termasuk diri masing-masing. Sementara itu, Dr Vida berharap penyokong Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) terus memberikannya peluang dan ruang untuk membantu memajukan pasukan itu.

"Bagi saya peluang dan ruang untuk bersama Tan Sri (Annuar Musa) menjadikan pasukan ini seperti yang kita impikan," katanya. "Semua orang ingin menang dan berjaya.

Saya rasa ada harapan baharu, nafas baharu dan perjuangan baharu untuk pasukan. Saya sentiasa obses dengan apa yang dibuat dan ini adalah cabaran untuk menempuh satu kejayaan besar tahun ini," katanya. Dr Vida turut menafikan berlaku salah faham antara pihaknya dan pengurusan KAFA sehingga menimbulkan spekulasi dia akan menarik diri dan pertemuan kelmarin diharap dapat menutup desas-desus berkenaan.

"Saya ingin nyatakan, tiada apa-apa masalah antara kami. Kami akan pastikan untuk melakukan yang terbaik buat pasukan," katanya.

0 Response to "Annuar dan Dr Vida mengakui kami tidah pernah bermusuh demi bola sepak kelantan."

Post a Comment