Propellerads
Propellerads

Sindiket pemalsuan penyata KWSP tumpas....


SUBANG JAYA - Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas tertangkapnya empat suspek di sebuah pusat beli belah di sini kelmarin.
Kegiatan lelaki itu terbongkar selepas pihak bank gagal menerima bayaran pinjaman yang dilakukan peminjam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung modus operandi yang sama daripada dua bank berbeza.
"Berdasarkan siasatan yang dilakukan kita berjaya menahan dua agen serta dua peminjam yang berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun.
"Hasil siasatan mendapati mereka telah membuat pinjaman sebanyak dua kali dengan jumlah RM27,800. Bagaimanapun, kita masih jalankan siasatan berikuan kita percaya mereka ada membuat pinjaman lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya sebentar tadi

0 Response to "Sindiket pemalsuan penyata KWSP tumpas...."

Post a Comment