Propellerads
Propellerads

TNB saran orang awam waspada tawaran kerja palsu di TNB....


SHAH ALAM – Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat tersebut.
Difahamkan, sejak kebelakangan ini, pihak TNB telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di organisasi itu.

Selain daripada itu, individu terbabit turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain turut memajukan surat tawaran kerja palsu.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan TNB, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.my atau terus ke link https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.

Sehubungan itu, TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-22966537 atau 03-22966818.

0 Response to "TNB saran orang awam waspada tawaran kerja palsu di TNB...."

Post a Comment