Propellerads
Propellerads

JPN mencari guru yang mengeluarkan kenyataan berbaur 'kutukan'...


KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan akan melakukan siasatan terperinci mengenai viral tindakan seorang guru di sini yang didakwa mengeluarkan kenyataan dipercayai berbaur 'kutukan' dan merendahkan mentaliti pengundi Sarawak, semalam.

Pengarahnya, Datuk Ab Aziz Abdullah berkata, insiden tersebut amat mendukacitakan kerana pemikiran yang begitu sempit dan tidak sepatutnya terjadi melibatkan seorang warga pendidik.

“Kita akan buat siasatan cukup rapi. Tindakan merendahkan orang lain ini adalah tidak baik. Apa yang kita lakukan itu akan memberi kesan kepada imej sebagai seorang pendidik.

“Kita berharap tidak ada lagi perkara seperti ini berlaku selepas ini. Berhati-hati dalam menggunakan laman sosial dan sebagainya, mungkin niat itu lain, namun disalah ertikan, terutamanya apabila dilihat merendahkan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Majlis Anugerah Sinar Wawasan 2016, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas bagi mewakili Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini.

Terdahulu, tindakan seorang guru, dipercayai mengeluarkan kenyataan dipercayai merendahkan mentaliti pengundi Sarawak selepas BN meraikan kemenangan besar di negeri tersebut menjadi viral sejak semalam, sekali gus mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen.

0 Response to "JPN mencari guru yang mengeluarkan kenyataan berbaur 'kutukan'..."

Post a Comment