Propellerads
Propellerads

emas bertukar menjadi batu....angkara terlalu taksub dengan ilmu


Barangan kemas yang diletakkan di dalam sampul surat bertukar menjadi daun kering, batu dan pasir.

PASIR MAS - Seorang warga emas hanya mampu berputih mata apabila barang kemasnya yang bernilai hampir RM16,000 bertukar menjadi daun kering dan pasir.

Kak Mah yang berusia 60an dipercayai dipukau oleh dua lelaki yang berusia sekitar 30 hingga 40 an.
Menurutnya, salah seorang lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai Ustaz Ibrahim dan berdialek Kelantan, manakala seorang lagi bertutur menggunakan Melayu biasa.

"Semasa kejadian Kak Mah baru lepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Ketika itu Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumah dan menumpang teduh di salah sebuah wakaf berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

"Tiba-tiba Kak Mah didatangi oleh dua lelaki dan mereka berdua bercakap tentang kelebihan sebutir batu sebesar jari kelinking seakan-akan warna emas yang tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.

Menurutnya, lelaki itu rancak menceritakan keistimewaan batu tersebut yang diboleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit serta dapat dijadikan pelaris kepada Ustaz Ibrahim

0 Response to "emas bertukar menjadi batu....angkara terlalu taksub dengan ilmu"

Post a Comment