Propellerads
Propellerads

7 cara yang menguntungkan....lupakan MLM

Perniagaan yang menguntungkan


Semua orang mahukan perniagaan yang menguntungkan dan bukan semua yang berniaga mendapat keuntungan yang tinggi dalam perniagaan. jadi disini saya kongsikan sebahagian formula mudah untuk menjadikan perniagaan yang menguntungkan  bagi anda.

Formula Perniagaan yang menguntungkan

1) Produk atau servis

Produk yang berkualiti merupakan kunci utama perniagaan yang menguntungkan namun ianya kualiti tinggi bukan lah WAJIB bagi setiap perniagaan yang dijalankan namun ianya adalah bonus besar yang bakal meletupkan perniagaan anda. namun jika produk yang baik sahaja tidak mencukupi jika anda tidak mengamalkan apa yang disenaraikan oleh saya dalam post kali ini.

2) Jenis perniagaan
Jenis perniagaan yang bersesuaian juga adalah sangat penting bagi yang baru dalam bidang tersebut, sbenearnya bukan tidak boleh, tetapi anda perlu faham tentang bidang tersebut sekurang-kurangnya anda telah membaca buku dan pergi seminar tentang jenis perniagaan yang dijalankan atau belajar dan mahir tentang perniagaan yang dijalankan tersebut. pastikan ianya bukanlah satu penghalang kepada anda untuk melakukan sesuatu bisnes kerana ilmu pada zaman sekarang sangat senang diperolehi.

 3) Point Of Sales
Bagi pemain dalam bidang perniagaan masing-masing mempunyai selok belok perniagaan (atau lubang lubang duit) tersendiri yang mungkin tidak difikirkan atau dijumpai oleh orang lain, jika anda masih baru dalam perniagaan anda perlu mencari point of sales ini yang akan menjadikan tulang belakang bisnes anda yang akan membezakan bisnes anda ddengan yang lain.

 4) Marketing
Marketing adalah antara perkara yang paling penting dalam perniagaan, tak kira perniagaan kecil atau besar yang anda mahu jalankan ianya perlu diletakkan dalam 3 senarai teratas dalam apa yang perlu anda fikirkan, bagi sesetengah orang mereka letakkan marketing kepentingan paling tinggi yang merupakan jantung perniagaan.

 5) Pengurusan perniagaan
Pengurusan perniagaan merupakan kunci utama dalam perniagaan jika perniagaan tidak diuruskan dengan baik anda akan mendapat kerugian dalam jangka masa panjang, dan perniagaan ini akan jatuh kerana perniagaan yang tidak diuruskan dengan baik.

 6) Teknik Jualan
Teknik jualan adalah penting dalam perniagaan dari perniagaan kecil hinggalah ke perniagaan paling besar, keuntungan bisnes adalah bergantung kepada jualan, jika tiada jualan maka tiadalah bisnes, jualan biasa tanpa teknik yang betul mungkin perniagaan boleh mendapat jualan biasa-biasa, namun jika dengan teknik yang betul dan berstrategi maka anda akan mendapat jualan yang berganda dari biasa. teknik jualan ini berkait dengan marketing dan point of sales.

 7)  Attitude
Ini mungkin bukan satu perkara yang berkaitan dengan bisnes, tetapi ianya sangat penting kepada pemilik bisnes, jika anda tiada atttitude bisnes anda akan hancur dalam masa singkat.

0 Response to "7 cara yang menguntungkan....lupakan MLM"

Post a Comment