Propellerads
Propellerads

Teknik Melakukan Hubungan Ketika Isteri Sedang Hamil bagi Mengelakkan Keguguran....


Galakan melakukan hubungan seks ketika isteri sedang hamil amat digalakan. Malah diwaktu isteri semakin hampir dengan tarikh bersalin. Kesan yang sangat positif dari hubungan intim bersama isteri semasa isteri sedang hamil kerana ia dapat membantu memberikan pembukaan yang maxsimum pada ruangan rahim isteri. Malah ada kajian membuktikan kelahiran bayi pramatang dapat dikurangkan apabila semakin kerap hubungan intim dilakukan semasa isteri hamil.


Tidak menjejaskan keadaan bayi
Suami harus tahu bahawa bayi langsung tidak akan terjejas dari segi kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan semasa anda bersama dengan isteri anda. Malah ia dapat melindungi ifeksi dengan adanya lapisan muskus yang tebal menutupi serviks. Perlakuan itu juga akan membantu otot-otot menjadi lebih kuat dan dapat melindungi bayi.
Secara semulajadi bayi dilindungi  dengan keadaan perut yang kuat, jangkitan kuman dapat dihindari dengan ada selaput cecair tebal. Ini dapat menigkatkan kadar keselamatan semasa bayi dilahirkan.
Posisi Yang Selamat. Disini tips untuk memberikan keselesaan kepada suami isteri dalam melakukan hubungan intim semasa isteri hamil.
Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.
Posisi duduk ialah yang kedua dan kedudukan hubungan seks ini adalah lebih popular di kalangan ibu mengandung iaitu ketika berada dipertengahan kehamilan. Hal ini kerana dia tidak perlu melakukan banyak gerakan. Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.
Posisi baring sebelah adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.
Posisi isteri di atas ini adalah yang paling ideal dan selesa buat isteri di mana isteri akan berada di posisi atas kerana dia akan dapat mengawal kedalaman penetrasi.
p/s : Oleh itu, jika anda berasa was-was untuk melakukan hubungan seks semasa proses kehamilan, jangan anda segan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari mereka tentang Cara Bersetubuh Semasa Hamil.

0 Response to "Teknik Melakukan Hubungan Ketika Isteri Sedang Hamil bagi Mengelakkan Keguguran...."

Post a Comment