Propellerads
Propellerads

SSM sedang buat kawalan ketat dan proses SAMAN perniaga on line...




Tak kira anda berniaga secara online atau offline, anda diwajibkan untuk daftar syarikat anda dengan SSM. Penguatkuasaan ini dibuat kerana sudah banyak aduan dari pengguna mengenai penipuan peniaga internet. Ini disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri KPDNKK.
“Melalui peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram
– Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri KPDNKK”
Sumber: Kosmo
Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM, anda dapat elakkan perniagaan anda daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, website eCommerce Milo ada kongsikan gambar mengenai pemilik fanpage diberi amaran akan dikenakan penalti RM5000 kerana tidak memaparkan nama dan nombor syarikat mereka di fanpage.
ssm-notice-facebook-page
Jadi, daftar syarikat anda sekarang supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.

Kenapa Perlu Daftar dengan SSM?

Ramai pengguna sekarang yang prefer shopping online, dan akan ada yang ambil kesempatan.
Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;
  • Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.

Cara Daftar Syarikat Anda di SSM

Segala maklumat mengenai cara pendaftaran syarikat anda di SSM, anda boleh rujuk di website SSM – Daftar SSM
Sebagai peniaga internet, anda perlu letak maklumat berikut di fanpage, blog dan instagram syarikat anda;
  • Nama syarikat (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
  • Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat jualan
  • Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli

0 Response to "SSM sedang buat kawalan ketat dan proses SAMAN perniaga on line..."

Post a Comment