Siti Kasim dalam status terbaharu di Facebooknya mahu cabaran yang dianggap bodoh itu ditolak ketepi dan mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.
"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.
"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim.


Siti Kasim turut mendakwa, beliau kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.
"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.
"Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice," kata Siti Kasim.
Dipercayai kenyataan Siti Kasim merujuk kepada tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk beliau dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.
Tindakan Siti Kasim untuk tidak berdebat dengan Zakir turut disokong pengikut Facebook beliau.


Sebelum ini Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pendakwah kontroversi dari India itu bersedia dengan cadangan beliau agar bertemu dengan Siti Kasim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.


Maklum balas kesediaan Zakir itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Fathul Bari pada Jumaat lepas.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/siti-kasim-tolak-berdebat-dengan-zakir-naik-1.452630#ixzz4aWfu6oc2