Propellerads
Propellerads

(VIDEO n PICTURE) Kemalangan Kumpulan Remaja Basikal - DARI KACA MINDA SEORANG PEGUAM




Maaf Gambar Terpaksa dipadam buat sementara waktu


DARI KACAMINDA SEORANG PEGUAM

Salam2all.

Teman berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan kes tragedi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada 18 Feb 2017 lepas yang mengorbankan 8 nyawa anak2 muda.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi sewaktu anak2 tersebut sedang berkayuh di lokasi bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Dikatakan lebih 30 anak2 tersebut berada dikawasan itu bersama basikal masing2.
Pemandu seorang gadis berbangsa Cina berumur 22 tahun memandu kereta jenis Almera dikatakan merempuh anak2 tersebut yang berkayuh menuju haluan yang sama, bermakna ianya rempuhan daripada belakang.

Melihat daripada gambar kawasan tragedi, kelihatan rempuhan itu berlaku ditepi jalan sebelah kiri.

Teman melihat kenyataan2 yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi gambaran seolah2 anak2 tersebut yang bersalah; dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak2 itu buat berkayuh basikal beramai2 jam 3 pagi!

Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi? Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan mak bapak mereka pulak yang didedahkan.

Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan; tetapi dalam kes ini teman agak pelik!

Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa; adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini teman tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut utk membolehkan identitinya tidak didedahkan!

Berbalik kepada isu tragedi kemalangan itu, teman merasakan pihak2 berkaitan terlalu menumpu kepada anak2 tersebut berkayuh basikal jam 3 pagi; seolah2 satu dosa besar bagi anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi!

Teman bukan bermaksud nak membela anak2 itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?

Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak2 itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi!

Halo yop, sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan?

Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas:

1. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi!
2. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai2;
3. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalanraya;

Apa yang jelas melanggar seseorang atau sesuatu kenderaan daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan!

Pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut:

1. Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?

2. Agak mustahil untuk mana2 pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang;

3. Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.

4. Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut;

5. Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini. Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju! Bila siasatan terperinci dibuat?

6. Melihat kepada gambar2 sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan 8 kematian! Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut!

Dalam bahasa undang2 ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur - sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya!

Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya!

Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci!

Teman harap kita bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa2 dengan sikap emosional, prejudis atau bias!

Adakah hanya kerana anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi secara beramai2 maka mereka boleh dirempuh daripada belakang begitu sahaja; dan mereka yang dipersalahkan?

Apa beza anak2 yang berkayuh basikal itu dengan keadaan sebaliknya; apa kata jika pemandu tersebut merempuh beberapa kenderaan lain saperti kereta atau motorsikal daripada belakang?

Tidak ada beza bukan?

Soal mereka berkayuh basikal jam 3 pagi beramai2 bukan isunya! Itu mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan melalui kaedah yang diperlukan.

Tetapi ini isu tragedi kemalangan jalanraya! Sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang disisi sebelah kiri sebatang jalan menyebabkan 8 kematian!

Prima facie ada sesuatu yang tak kena dengan cara pemanduan atau pengendalian kereta tersebut oleh pemandu berkenaan!

Teman mendesak pihak polis dan pihak berkuasa supaya memperhalusi siasatan mereka! Dan teman cadangkan supaya siasatan dibuat dibawah Seksyen 302A Kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Teman nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah.

Dan akhirul kalam, nasihat teman kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPD (dan yang sewaktu dengannya), lain kali kalau ditanya soalan berkaitan sesuatu insiden atau kejadian jenayah seperti ini, suka teman mengulang nasihat seorang sahabat bekas pegawai tinggi pasukan polis, "jawab aja 'kes masih dalam siasatan dan kita akan siasat sewajarnya mengikut undang2 dan prosedur sedia ada".

Selesai masalah!

Wallahua'lam dan wassalam

- Tuan Hj Zulkifli Noordin -


Polis kongsi pengalaman dipermainkan kumpulan remaja basikal|Apa yang mampu kita hanya sedekahkan alfatihah buat mangsa, dan takziah buat keluarga mangsa.

Anak-anak ni bukan sekadar dari sekitar jay bee, malah dari plentong,pasir putih,masai,tampoi,kempas,skudai, tiram, kota pon ada, mereka berkumpulan datang ke jay bee bukan sekali dua Boleh dikatakan setiap hujung minggu.


Bukan kami pihak polis tak tegur atau larang, kami sentiasa menegur dan melarang menggunakan pembesar suara lagi dan ada juga diantara kami yang hilang kesabaran dengan membuang basikal tersebut kerana bukan dengki, tapi nak memberi peringatan agar mereka takut dan tidak mengulangi lagi.

Tapi sia-sia saja, kerana budak-budak ini telah terlalu bebas dari pengawasan ibu bapa,Erti kata dengan perkataan _*menganjing*_ adalah yang sesuai terhadap kami atas perbuatan mereka ini.


Bila kamu menghala ke lokasi mereka, mereka akan menjerit jerit dan mempermainan pihak polis dengan mengangkat basikal ke seberang jalan, begitulah kejadian yang selalunya.

Lokasi tempat bebudak ini bermain basikal bukan di *bahu jalan* tapi ditengah jalan biasanya di tempat yang meragut nyawa mereka iaitu di lingkaran dalam, di persimpangan restaurant yassin, sebelah hotel thistle, di jalan pengkalan rinting berhampiran angsana, dan banyak lagi, mereka suka bermain di tengah jalan tanpa menghirau langsung keselamatan.

95% basikal mereka adalah berjenis rendah, bertayar size kecil ,Teguran demi teguran malah tak dihiraukan langsung kata-kata kami Bila kejadian seumpama ini berlaku, siapakah yang *dipersalahkan..


Sudah tentu 50% kami pihak polis dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya, sedangkan di manakah peranan ibubapa /penjaga yang sepatutnya.

Anak anak yang sedang membesar memanglah ingin bebas dan berseronok sehinggakan sanggup menipu keluarga dengan berbagai janji dan alasan agar mereka dapat keluar sebegitu tapi kenapa sehingga berhari (ada yang keluar pagi ni dan balek pagi esok) dimanakah peranan ibubapa,Kebanyakannya budak2 ini berusia serendah 10 tahun hingga ke usia awal 20an.

Apa2 pon perkara telah berlaku, semoga tidak terjadi kepada kita dan yang lainnya yang masih berakal akan terajidi seumpama ini.Akhir kata marilah kita sedekahkan alfatihah buat mereka yg terkorban dan yg cedera agar semboh kembali…alfatihah.

0 Response to "(VIDEO n PICTURE) Kemalangan Kumpulan Remaja Basikal - DARI KACA MINDA SEORANG PEGUAM"

Post a Comment