Propellerads
Propellerads

Jangan Picit Ada Cara Mencegah Munculnya Jerawat Dengan Cara Ini



Jerawat di badan yang selalunya menjadi masalah kerana jerawat tumbuh di belakang badan, telinga, ketiak, punggung, kepala leher, payu dara, bibir, dagu dan sebagainya. Anda mungkin tidak mempunyai sebarang jerawat di muka tetapi pada pelbagai bahagian badan yang mana sesetengah jenis jerawat mungkin sakit. Kebanyakan orang mengalami jerawat pada muka dan badan juga.
Kenapa Jerawat Tumbuh Pada Badan?
Jerawat di badan berlaku kerana pelbagai faktor seperti kurangnya penjagaan kebersihan, genetik, dan sebagainya. Dalam factor kebersihan, kita perlu lihat pada pemakaian dan cara membersihkan diri. Kadang-kadang setelah penat bekerja, kita terus berbaring dengan badan yang berpeluh dan bacteria mula membiak di belakang badan atau bahagian-bahagian tertentu. Perkara ini juga berlaku akibat faktor genetik di mana ianya berkaitan dengan keturunan anda, jika ibu atau bapa anda mempunyai jerawat anda juga berkemungkinan akan mengalami perkara yang sama.

Tips Menghilangkan Jerawat Di Badan
Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat di badan. Namun semua tips ini hanya akan berkesan pada sesetengah individu kerana tahap jerawat yang dimiliki berbeza dan yang paling penting kenalah amalkan selalu petua-petua ini.

1. Mandi sebelum tidur

Bersihkan badan sebelum anda tidur bagi mengelakkan pembiakan bakteria pada badan anda melalui peluh. Tambahan pula, memang best kalau tidur selepas mandi. Gunakan mandian anti bakteria seperti Tea Tree Body Wash dan lain-lain, semuanya boleh didapati di farmasi berdekatan. Elakkan memakai sabun biasa.

2. Sapukan gel atau krim 10 Percent Peroxide

Ini merupakan langkah kedua setelah anda mandi iaitu sapukan gel atau krim 10 percent peroxide. Gel atau krim ini boleh didapati di farmasi berdekatan. Jenama yang terkenal mengeluarkan produk seperti ini ialah Oxy, Tea Tree, Johnson & Johnson, Clean & Clear dan banyak lagi dan berharga kurang daripada RM25.

3.Tukar baju dengan kerap

Tukar baju dengan kerap dan amat disyorkan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam selepas mandi. Jangan malas nak cuci baju tau, kalau tidak anda yang merana apabila jerawat dah tumbuh di badan.

4. Tukar tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut

Kalau boleh tukarlah tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut secara kerap. Setiap seorang harus mempunyai lebih daripada satu semua tu sebab kena digantikan jika anda mencucinya. Paling kurang pun, anda harus cuci sebulan 2 kali.

5. Amalkan pemakanan yang seimbang

Jerawat pada badan sama juga seperti pada muka yang mungkin di akibatkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Jauhi atau kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit juga. Makanan seperti salad dan berkuah atau berebus amat disyorkan kerana ia adalah pemakanan yang sihat.

6. Kurangkan Stress

Stress juga merupakan salah satu punca jerawat muncul pada bahagian badan dan muka. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih banyak bertenang dan perkara yang lebih baik untuk dilakukan ialah beribadat seperti bersembahyang dan berzikir. InsyaAllah, pasti jerawat akan berkurangan.

7. Skrub Gula

Pengelupasan ialah satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula (lebih lembut daripada skrub garam) ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan.

8. Skrub Buah-Buahan

Dapatkan skrub buah-buahan dan sapukannya pada bahagian badan yang berjerawat bagi mengeluarkan sisa-sisa kotoran dari kulit anda. Amalkan petua ini beberapa kali seminggu dan teruskan selama 3 bulan. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh buat rawatan skrub di pusat kecantikan ataupun spa.

9. Minyak Tea Tree

Minyak Tea tree telah lama digunakan bagi mengubati penyakit kulit. Jika digunakan secara berterusan, minyak ini mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat di badan. Ia boleh digunakan sebagai pengganti Benzoyl Peroxide dan sapukannya pada bahagian yang berjerawat dengan berhati-hati namun minyak ini juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit anda jadi guna pada kadar yang perlu sahaja aatu ikut arahan pemakaian.

10. Bantuan pakar kulit atau dermatologist

Kalau semua yang anda lakukan tidak membawa hasil yang bagus, mungkin suah tiba masanya anda berjumpa pakar kulit atau dermatologist supaya mereka dapat membantu anda dengan kepakaran dan kemudahan yang mereka miliki.

0 Response to "Jangan Picit Ada Cara Mencegah Munculnya Jerawat Dengan Cara Ini"

Post a Comment