Propellerads
Propellerads

Penduduk kecam bina tandas awam RM222,000





Kain rentang memaparkan rancangan kerajaan tempatan untuk membangunkan tandas menelan kos sebanyak 700 juta rupiah (RM222,087).

Penduduk kecam bina tandas awam RM222,000 | Rancangan kerajaan tempatan untuk membina dua buah tandas awam dengan setiap unit kemudahan itu menelan kos sebanyak 700 juta rupiah (RM222,087) dikritik hebat penduduk wilayah ini.

Menurut penduduk, kos pembinaan tandas itu sama sekali tidak munasabah dan wang projek berkenaan sepatutnya digunakan bagi membantu penduduk miskin yang lebih memerlukan.

“Kami anggap pembangunan tandas ini dengan kos 700 juta rupiah (RM222,087) sebagai satu pembaziran.

“Ini kerana untuk wang sebanyak itu, kami boleh membangunkan sebuah rumah tiga tingkat yang mempunyai tiga atau empat tandas di dalamnya,” kata Ketua LSM Mahatida Anti Rasuah di Kota Parepare, Rudi Najamuddin.

Menurut Rudi, kerajaan tempatan Parepare bukan sahaja akan membina tandas di kawasan Andi Makkasau, malah kemudahan itu juga dibangunkan di Pare Beach di pantai Senggol, Kota Parepare dengan kos 650 juta rupiah (RM206,223).

“Jadi, Majlis Perbandaran Parepare membina dua tandas dengan nilai keseluruhan 1.3 bilion, boros,” kata Rudi.

Sementara itu, pegawai yang terlibat dalam projek tandas berkenaan, Sukriyadi berkata, projek tersebut menelan kos sebanyak 700 juta rupiah (RM222,087) kerana akan dibina di bawah tanah.

Katanya, projek ini agak mahal kerana kemudahan itu melibatkan penggunaan sanitasi dan mesin pengepam air yang akan diletakkan di bawah tanah.

Selain itu, jelasnya, bahagian atas tandas itu akan berfungsi sebagai kawasan hiburan buat masyarakat Parepare.

0 Response to "Penduduk kecam bina tandas awam RM222,000"

Post a Comment