KEWUJUDAN kereta sapu moden seperti Uber dan GrabCar memberi kesan buruk khususnya buat syarikat teksi. Jika dibiarkan berleluasa, tidak mustahil dalam tempoh enam bulan sahaja industri teksi akan lingkup.
Presiden Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah mengakui, pada ketika ini industri teksi sangat kritikal. “Apa yang saya boleh akui adalah industri teksi ini berapa pada tahap kritikal.
“Hayat industri teksi ini mungkin boleh bertahan dalam tempoh paling cepat, enam bulan,” katanya kepada Sinar Harian. Aslah turut mengakui, punca menyebabkan situasi tenat itu adalah disebabkan pengguna lebih memilih kereta sapu moden.
Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seharusnya memainkan peranan dengan membela nasib pemandu teksi yang hanya meraih pendapatan melalui penumpang.
Dalam pada itu katanya, masyarakat perlu belajar semula sejarah industri pengangkutan awam ini berdasarkan perlembagaan pelesenan.
“Pada 1970, garis panduan ditetapkan iaitu melesenkan semua teksi awam dan mengikut syarat SPAD yang ditubuhkan pada 2010.
“Jadi, kita perlu mengingati semula sejarah industri tersebut sehingga kini kerana ia sudah mengikut perkembangan semasa tanpa wujud alternatif lain seperti kereta sapu,” ujarnya. - Sinar Harian
CLICK UNTUK INFORMASI TERKINI dan MENARIK - Gambir Panas
0 Response to "Uber & GrabCar Punca Teksi Bakal berkubur dalam tempoh enam bulan"
Post a Comment