Penipuan perniagaan menggunakan kota suci Mekah dan Madinah (Islamic Hotel - IH). Pengasasnya yang bergelar Dato Syeikh Saidey Nor nombor telefon 019-9838 044 sering gunakan nama Penasihat DiRaja Istana Pahang untuk meyakinkan orang ramai serta polis dari Bukit Aman. Pendedahan dari sekumpulan SBP dan BP. Semoga penganiayaan dan tipu muslihat yang menggunakan nama kota suci Mekah dan Madinah berakhir.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim...
Pertama sekali saya memohon kemaafan atas kelewatan memberi info tentang perkembangan IH. Saya amat sedih dan terkilan atas pendedahan tentang penyelewengan dan penipuan oleh Syeikh Saidey Nor yang mengajak kita semua menyertai program IH ini dengan menggunakan agreement / surat perjanjian pajakan yang palsu dan semuanya satu pembohongan semata-mata !
Setelah membuat penyiasatan lanjut, Syeikh Saidey Nor telah menipu orang ramai dengan menggunakan agama Islam yang suci untuk mengaburi mereka melabur di dalam Skim IH ini.
Tentang kecurian duit company dari 2 orang yang dipanggil penyamun iaitu Ustaz Nai & Haji Amir, adalah fitnah semata-mata ! Mereka berdua tidak mencuri duit company. Sheikh Saidey memfitnah semata dan menggunakan alasan tersebut untuk tidak mahu bayar dividen ! Beliau juga menyuruh semua BP / SBP membayar kerugian yang dicuri dengan menolak wallet kami setiap bulan sebanyak RM2000!
Syeikh Saidey Nor telah jadi penunggang agama untuk mengaburi kita semua! Manusia macam ni memang patut kita mohon pada Allah agar penganiayaan yang dibuat pada orang ramai dibalas dengan balasan yang setimpal.
Kami BP / SBP telah bertungkus lumus meminta Syeikh Saidey selesaikan dividen yang tertunggak. Tetapi beliau asyik memberi alasan "Duit dah takda, pegi mintak pada penyamun Nai dan Amir". Dimanakah duit khairat ? Dimanakah duit yang ditolak dari BP / SBP setiap bulan sebanyak RM2000 ? Dimanakah FTP ? Dimanakah donation 2% ahli yang dia collect? Dimanakah duit dividen yang dijanjikan setiap bulan ?
Atas kesedaran penyelewengan yang dilakukan oleh Syeikh Saidey ini, kami BP / SBP sebulat suara telah membuat report polis untuk tindakan lanjut atas penipuan yang dilakukan oleh manusia yang bertopengkan syaitan! Menggunakan agama yang suci untuk menipu orang ramai. Allahhu akbar!
Di bawah ini saya sertakan kenyataan dari Ustaz Nai yang dituduh penyamun IH bawak lari duit. Dia difitnah semata-mata ingin menegakkan kebenaran demi agama Islam yang suci. Dia difitnah setelah dia meminta semua agreement pajakan hotel pada Syeikh Saidey tetapi Syeikh Saidey tidak dapat membuktikan pada dia tentang kewujudan bisnes IH ini. Selama ini Syeikh Saidey hanya tunjukkan dokumen dan agreement palsu pada orang ramai supaya yakin untuk membeli lot dan melabur dalam IH.
Sedihnya hati kami...hancur luluh hati kami. Sebagai BP / SBP, kami pun baru tahu tentang penipuan dan penyelewengan ini dalam masa terdekat ini. Kita semua merana, Syeikh Saidey gembira ! Beliau telah collect duit ratusan juta malah mungkin billion dari semua ahli di pelusuk Malaysia, Indonesia,
Thailand & Singapore.
Terbukti nyata, Syeikh Saidey bertopengkan agama dan buat money game semata-mata !
Di bawah ini adalah kenyataan Ustaz Nai yang dituduh dan difitnah oleh Syeikh Saidey bawa lari duit company :
Saya mohon sejuta kemaafan pada tuan-tuan kerana terpaksa undur diri bilamana saya dapat tahu Saidey benar-benar buat skim cepat kaya. Saya diamkan diri tanpa ambil sebarang tindakan undang-undang sebab saya tak mahu IH terkubur lebih awal (sebelum bulan September 2016) kerana saya nak pastikan semua network saya & kawan-kawan yang masuk sebelum bulan mac dapat kembali modal masing-masing.
Tapi nampaknya Saidey sengaja nak bagi IH terkubur lebih awal yakni dalam keadaan dia berjaya larikan duit berbillon RM ke negara-negara jiran yang dia buka platform seperti Indon, Singapore, Thai dan Arab Saudi.
Tuan Mazlan dan seluruh sahabat-saabat di sini...
Saya mohon maaf andai pendedahan saya ini akan menyebabkan Tuan Mazlan dan sahabat-sahabat yang lain rasa tertekan. Terus terang saya nyatakan, sengketa IH ini bermula dengan tindakan saya sendiri bilamana saya dapat tahu sebenarnya Syeikh Saidey telah menipu seluruh ahli-ahli yang menyertai skim ini.
Bagaimana Saidey menipu?
Saya rasa seluruh ahli IH menyertainya adalah kerana percaya skim ini benar-benar memajak hotel-hotel di Mekah dan Madinah bahkan saya sendiri pun pada awalnya amat-amat percaya kerana ketika saya sertai skim ini saya sendiri pergi berjumpa Saidey dirumahnya dan Saidey telah tunjukkan kepada saya aggreement pajakan Hotel Al-Safwah.
Ketika itu ahli skim ini masih sedikit. Namun bilamana hari demi hari, skim ini menambah qouta bertimbun-timbun hingga mencecah hampir 100K (ketika saya mengamuk di rumah Saidey pada 11 mac 2016) saya mula curiga. Kecurigaan saya makin bertambah bilamana setiap kali mesyuarat (untuk makluman, saya merupakan salah seorang bizz partner yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Biro Pelaburan, hanya ada 6 orang sahaja AJK yang dipilih) Saidey memberi berbagai alasan bilamana saya minta beliau kemukakan aggreement pajakan hotel-hotel yang baru.
Oleh yang demikian saya mula bergerak mencari sendiri maklumat. Bukan sahaja di Malaysia bahkan sehingga ke Arab Saudi saya pergi untuk mendapat kepastian berkenaan pajakan yang telah di war-warkan oleh Saidey.
Amat memeranjatkan ! Bilamana seluruh jabatan kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan hotel yang saya jumpa memberikan jawapan yang amat mengecewakan saya terhadap Saidey bahkan Sheikh Ibrahem Khaleel Ar-Rasheed juga tidak wujud.
Maka....
Pada 11 mac 2016 lebih kurang jam 9.00 malam saya bersama-sama upline saya Tuan Haji Amir telah bersemuka dengan Saidey dirumahnya. Saya telah bentangkan segala maklumat yang saya perolehi kepada Saidey dengan harapan Saidey boleh menyangkal segala maklumat tersebut. Tetapi rupanya segala maklumat saya itu benar. Saidey terpaksa mengaku, beliau hanya pajak 2 tingkat hotel Al-Safwah sahaja dan beberapa bilik hotel Al-Makam yang nilai kedua-dua pajakan itu hanya lebih kurang 17 juta SAR sahaja sedangkan qouta yang dibuka sudah mencecah hampir 100K akaun ketika itu !
Cuba tuan-tuan bayangkan...sebuah perniagaan yang nilainya hanya 17 juta SAR. Jika keuntungannya 100% sekalipun Saidey tak akan mampu membayar dividen bulanan kita yang nilainya mencecah billion.
Seandainya 1 akaun = 1 lot
100,000 akaun = 100,000 lot
100,000 lot = 100,000,000 USD
100,000,000 USD = RM 3,500,000,000
Jika dividen 15% sebulan, maka 15,000,000 USD = RM 45,000,000
Saya ahli matematik dan saya juga seorang peniaga. Jadi bagaimana Saidey bayar dividen kita selama ini ? Jawapannya amat mudah dan diakui sendiri oleh Saidey pada pertemuan dirumahnya 11 mac tersebut iaitu Rolling duit ahli yang baru masuk
Jika skim ini dijalankan sebegini apa implikasinya? Tuan-tuan jawab sendiri :
1) Implikasi dari sudut undang-undang Malaysia & Arab Saudi
2) Implikasi dari segi hukum agama
3) Kesan jangka panjang
Saya akui saya antara orang yang bertanggungjawab ke atas kehancuran IH dan saya tahu amat ramai orang marahkan saya kerana tindakan saya. Namun demikian sanggupkah tuan-tuan minum air yang tuan-tuan sendiri sudah tahu ada bangkai di dalamnya ?
Sanggupkah tuan-tuan bekerja sekiranya tahu perniagaan yang bos tuan-tuan buat itu menyalahi undang-undang negara bahkan haram disisi agama ?
Jika ikutkan hati saya yang marah dengan penipuan Saidey dan tak fikirkan modal sahabat-sahabat serta saudara mara saya yang sudah masuk, 3 bulan yang lalu saya sudah bawa Saidey ke mahkamah. Segala bukti ditangan saya. Sebab itu sehingga saat ini Saidey mengupah beberapa pihak untuk tangkap saya bahkan ketahap lenyapkan saya dari muka bumi ini.
Yang rugi bukannya Saidey.
Semua ahli yang akan tanggung kerugian.
Sebab itu saya tekankan supaya tuan-tuan psiko Saidey dengan cara ugut dia untuk buat report seandainya dia lengah-lengahkan payment supaya jelaskan dividen setiap bulan sehingga tuan-tuan semua dapat kembali hak tuan-tuan.
Sebenarnya Saidey sedang buat game untuk checkmate dengan cara mudah. Dia cuba tekan saya dan Haji Amir supaya kami bertindak menggunakan saluran undang-undang dan mempercepatkan IH diserang oleh pihak berkuasa.
Dia nak peduli apa, duit dia dah bawa lari ke negara jiran. Pihak berkuasa Malaysia hanya akan freeze akaun dia anak beranak di dalam Malaysia sahaja.
Itu antara keterangan dari mangsa yang difitnah - Ustaz Nai
Dengan penjelasan ini, saya berharap ahli semua nampak penyelewengan yang telah dilakukan oleh Syeikh Saidey.
Kami BP / SBP sedang usaha sedaya upaya meminta Syeikh Saidey membayar hutang dividen tertunggak dan memberi balik donation yang telah dikutip pada orang ramai.
Mari kita bersama-sama solat hajat agar Allah memberi petunjuk dan balasan pada orang yang bertopengkan syaitan ini ! Menggunakan agama yang suci untuk menipu semua orang !
Kredit :
- https://www.facebook.com/NegrinyaNerakaAllah/videos/1234312269923919/- group bp/sbp yang teraniaya & mencari kebenaran untuk berjihad demi agama Islam yang suci
0 Response to "Skim Islamic Hotel oleh Dato Syeikh Saidey Nor adalah skim penuh dengan penipuan"
Post a Comment