Bila mengandung, bakal ibu bukan hanya perlu prihatin terhadap perkembangan diri sendiri dan janin dalam kandungan tetapi ibu juga mesti mengenali organ penting yang mempunyai pertalian 'rapat' dengan bayi dalam kandungan iaitu plasenta atau uri.
Plasenta adalah organ tubuh sementara yang datang bersama janin. Ia berfungsi menghubungkan ibu dengan janin di dalam rahim. Plasenta terdiri daripada 200 lebih pembuluh darah halus yang terbentuk sejak minggu pertama kehamilan.
Bentuk plasenta akan lengkap pada usia kehamilan 16 minggu. Peranannya tidak boleh dianggap mudah kerana ia sangat penting untuk memelihara kesihatan janin. Bayi sangat bergantung kepada plasenta ini. Antara kepentingan plasenta adalah seperti berikut:
1. Sumber nutrisi janin
Plasenta menghantar zat gizi bagi proses pertumbuhan janin sejak minggu pertama hingga lahir. Plasenta mengolah bahan mentah makanan yang dibekalkan ibu sebelum mengalir ke tubuh janin. Seterusnya ia menghantar oksigen daripada ibu kepada janin.
2. Membuat janin jadi lebih bersih
Plasenta membantu membuang zat-zat tidak diperlukan seperti karbon dioksida dan air kencing dari tubuh janin.

3. Menjaga daya tahan tubuh bayi
Vitamin yang dimakan oleh ibu akan masuk ke tubuh bayi melalui plasenta, sehingga bayi memperoleh kekebalan tubuh dan antibodi terhadap penyakit. Kekebalan tubuh itu dapat bertahan hingga bayi berusia empat bulan setelah dilahirkan.
4. Penyaring zat berbahaya
Zarah-zarah dari luar seperti zat toksik dan bakteria, akan ditahan oleh plasenta. Ia mampu membentuk pertahanan daripada jangkitan dan ubat-ubatan tertentu.
5. Menyembuhkan penyakit
Plasenta mengandungi sel induk darah tali pusat yang ketika ini disarankan untuk disimpan di bank tali pusat. Ia mampu membantu menyembuhkan penyakit bayi dan keluarganya, seperti penyakit kelainan darah dan beberapa jenis kanser.
Selain fungsi-fungsi berikut, uri juga berisiko menghadapi komplikasi ketika hamil seperti uri di bawah (placenta previa), uri lekat (placenta accreta) uri lekang (placenta abruption) dan uri tidak keluar selepas melahirkan bayi (placenta retention).
Jadi, ibu hamil dapatkan segala maklumat dan info mengenai uri kerana ia sangat berguna kepada anda.
0 Response to "5 Fungsi Uri Yang Ibu Hamil Kena Tahu...."
Post a Comment