KUALA LUMPUR – Seorang wanita memuat naik status di sebuah group di laman Facebook, mendakwa polis telah membuat sekatan jalan raya di TSB bagi tujuan mencari duit raya.
“Roadblock depan TSB dari kedua-dua arah. Polis carik duit raya. Hati-hati gaiss dan selamat bershopping. Drive carefully,” kata Manja Oh Manja.
Dakwaan tidak berasas wanita itu telah dibaca oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, yang terus membuat laporan polis terhadapnya.
“Semasa saya sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, saya telah dimaklumkan oleh anggota saya bahawa terdapat seorang individu mendakwa kami yang ‘mencari duit raya’ dengan membuat sekatan jalan raya.
“Saya buat laporan polis ini untuk pihak PDRM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang telah membuat tohmahan yang tidak berasas terharap anggota polis IPD Sungai Buloh yang PDRM yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak mengira bila-bila masa di kala masyarakat sedang bergembira menanti hari raya,” kata Inspektor Mohd Hafizullah Mohd Akhbar.
Semakan mendapati, individu terbabit telah menyahaktifkan akaun Facebooknya.
0 Response to "‘Polis Cari Duit Raya’ – Luahan rasa dari seorang pegawai polis"
Post a Comment