Sejak berita pengesahan Boon Siew Honda akan melancarkan moped 150cc mereka (baca laporannya di SINI), kami dihujani pertanyaan adakah ia akan sama seperti HONDA WINNER di VIETNAM (laporan lanjut di SINI) atau moped tanpa cub macam Suzuki Belang?
Kami juga terima pertanyaan bilakah model ini akan dilancarkan. Ok lah, secara jujurnya, kami sendiri tiada jawapan tepat. Cuma menurut sumber yang boleh dipercayai, ia akan diperkenalkan tidak lama lagi. Boon Siew sedang sibuk, apatah lagi dengan ketibaan ahli keluarga baru iaitu MSX/GROM 125.
Matematiknya mudah, setiap hari yang ditangguh adalah kerugian buat Boon Siew Honda. Pasaran moped 150cc hanya melibatkan persaingan di antara mereka dan Yamaha Y15ZR.
Sejak penghujung tahun lepas, Y15ZR telah memakan kek yang besar seorang diri. Suzuki Belang ketinggalan jauh di belakang mungkin kerana pembeli lebih gemar jenis cub?
Peminat Honda mungkin tak sabar menunggu. Tetapi mengikut hierarkinya juga, kita perlu melihat motosikal ini dilancarkan di Indonesia terlebih dahulu. Pasaran Indonesia sangat penting. Berapa besar pasarannya? Untuk pengetahuan anda, jualan motosikal bawah 150cc di Indonesia melebihi lima juta setahun.
Pasaran terbesar ialah model automatik yang dikuasai Honda. Namun pada tahun lalu, Y15ZR (dikenali dengan nama MX KING) telah memintas Satria (Suzuki Belang) untuk tangga ke-9 keseluruhan dengan jualan hampir 125,000 unit setahun atau lebih 10 ribu unit sebulan. Ia pencapaian yang sangat baik memandangkan MX King hanya dilancarkan sekitar Mac 2015.
Persoalan adakah berbaloi menunggu ‘Winner’ versi Boon Siew perlu dilihat dari segi spesifikasi dan sesi tunggang uji. Motosikal, walaupun menggunakan lencana berbeza, spesifikasi versi moped moden biasanya tidak banyak berbeza. Kalau ada pun cuma kemasan yang bukan melibatkan aspek teknikal.
Di atas kertas, Honda Winner 150cc mencatat kelebihan dengan penghasilan 11.5kW atau 15.63PS berbanding 15.40PS oleh Y15ZR. Pun begitu, puncak kuasa Y15ZR lebih pendek pada 8,500rpm sedangkan Honda pada 9,000rpm.
Dari segi tork pula, Y15ZR mencatat 13.8Nm berbanding 13.5Nm daripada enjin Honda. Nah. Di sinilah kelebihan stroker pendek dan bore besar Honda kerana capaian torknya pada 6,500rpm berbanding Y15ZR pada 7,000rpm.
Kedua-duanya menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik. Honda telah mengaplikasikan sistem PGM-F1 dengan meluas sehingga model sekecil EX5 Fi. Begitu juga Yamaha dengan sistem TCI.
Namun dari aspek konfigurasi enjin, kelihatannya Honda menampung sejumlah 1.3 liter pelincir berbanding 1.15 liter pada Yamaha. Dalam perkiraan mudahnya, saiz crank Honda mestinya lebih besar bukan?
Nanti dulu.
Ini mungkin didorong oleh saiz kotak gear di mana Honda memasang gear 6 kelajuan berbanding 5 pada Y15ZR. Saya pun tertanya-tanya mengapa Yamaha tak nak upgrade Y15ZR dengan 6 kelajuan sedangkan ia sebuah enjin yang sudah digunakan sekian lama pada model FZ150 dan LC135. Kalau tengok pesaingnya Suzuki Belang yang guna karburetor tu pun gear 6 speed.
Yamaha juga lebih selesa dengan padanan kepala selinder dengan aci sesondol tunggal (SOHC) berbanding reka letak DOHC pada Honda. Secara teknikalnya juga, saiz water jacket pada kebuk pembakaran Honda semestinya lebih besar untuk menampung layout begini.
Kelebihan teknikal enjin Honda (DOHC dan 6 kelajuan) ini sudah tentu menjadikannya lebih berat. Buktinya, berat bersih Honda lebih 7kg berbanding Yamaha (122kg VS 115kg).
Lain-lain spesifikasi kebanyakannya hampir sama. Fork jenis teleskopik, monoshock belakang, brek cakera depan belakang dan bentangan meter digital untuk paparan kelajuan.
Walaupun kedua-dua model ini menggunakan tayar belakang bersaiz gergasi dalam industri iaitu 120/70, Honda selangkah di depan dengan pemasangan tayar 90/80 pada roda hadapan berbanding 70/90 bagi Y15ZR (kecik gila weh!). Akhir sekali, tangki bahan api Honda lebih besar sedikit dengan kapasiti 4.5 liter (Y15ZR 4.2 liter)
Apa juga yang kami tulis dan catatkan di sini sebenarnya adalah fakta berbentuk teknikal. Kebenarannya ialah bila dapat membandingkannya melalui sesi tunggang uji.
Dari situ barulah kita dapat bezakan sudut prestasi, pecutan dan pengendalian. Kalau ditanya pada kami adakah berbaloi menunggu model Honda 150cc ini maka jawapan kami adalah jelas.
Ya. Kena tunggu.
Related Posts :
Anda Pelik, Kenapa Lipas Nak Mati Terbalikkan Badan Perasan atau tidak, apabila lipas sudah hampir mati, lipas akan menerbalikkan badannya sendiri dan akan mati dalam keadaan demikian. Seba… Read More...
Payudara Kendur, Cara Memakai Bra Anda Salah Selama Ini. Pemakaian baju dalam atau bra (coli) yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta… Read More...
VIDEO -Tanya Sama Pokok Ape Sebab Goyang - Memalukan Pakai je 'TUDUNG LABUH' Inilah jadinya bila dah tak ada rasa malu dalam diri, dimana-mana pun boleh jadi tempat dorang untuk melakukan perbuatan terkutuk. Tak ki… Read More...
(VIDEO) Akibat Gilakan Kelajuan, Rider Xsiden Berkecal Terjun di Bukit Tinggi … Read More...
PICTURE - Adakah Kerana Menyokong Malaysia, US Standby Beberapa Trak Peluru Berpandu di Korea Malam Tadi.... DUA buah trak yang membawa pelancar peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) tiba di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, wilayah Gyeonggi, K… Read More...
0 Response to "Y15ZR tewaskan HONDA WINNER 150"
Post a Comment