Propellerads
Propellerads

(TERKINI) Enjin berasap, 319 penumpang Korean Airlines dipindah



TOKYO: Syarikat Korean Airlines memindahkan 319 penumpang dan kru daripada pesawatnya yang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo selepas mengesan asap di enjin kiri pesawat.

Kejadian itu memaksa pihak berkuasa menutup sementara hab penerbangan paling sibuk di Jepun itu. Imej yang disiarkan stesen NHK menunjukkan Beoing 777 di atas landasan, disembur dengan buih oleh anggota bomba, dengan empat daripada gelungsur kecemasan dibuka. Pesawat itu yang dijangka melakukan penerbangan ke Seoul, dilengkapi dengan dua enjin Pratt & Whitney PW4000.

Tiada kecederaan dilaporkan namun 30 penumpang berkata, mereka berasa tidak sihat. Lapangan Antarabangsa Terbang Haneda yang terletak di Teluk Tokyo, mengendalikan 550 penerbangan sehari dengan kira-kira 75 juta penumpang tahun lalu, menjadikan ia antara lapangan terbang paling sibuk di dunia

0 Response to "(TERKINI) Enjin berasap, 319 penumpang Korean Airlines dipindah"

Post a Comment