Propellerads
Propellerads

BNM tak buka semula siasatan 1MDB



Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim memberi ucapan semasa Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 bertajuk 'Perbankan Masa Depan: Konsep Baru Banks - Memandu Transformasi dan Inovasi', di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia memberikan kerjasama 
berhubung perkara membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun sudah melengkapkan siasatannya terhadap syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata bank pusat itu sudah melengkapkan siasatannya terhadap 1MDB susulan pembayaran denda oleh syarikat terbabit dan tidak akan membuka semula siasatan mengenainya.

"Semalam (kelmarin), saya membaca laporan bahawa 1MDB sudah membayar denda terbabit dan dalam aspek bidang kuasa BNM, itu sudah melengkapkan penyiasatan kami," katanya di luar Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah pihak berkuasa Switzerland melancarkan tindakan perundangan terhadap BSI Bank Ltd berhubung dakwaan aktiviti pengubahan wang haram yang dikatakan ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiada mana-mana kakitangan 1MDB yang digaji oleh Kementerian Kewangan.

"Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," katanya mengulas sama ada kakitangan 1MDB akan ditempatkan di kementerian berkenaan.


Kelmarin, Johari dilaporkan berkata aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan bulan depan.

Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya. "Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka. Itu bukan cara kita," katanya.

0 Response to "BNM tak buka semula siasatan 1MDB"

Post a Comment