Propellerads
Propellerads

Bersebab kenapa kami tolak tajaan...Ahmad Bashah Md Hanipah


Ahmad Bashah Md Hanipah

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) telah menetapkan pendirian untuk menolak tajaan bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun berikutan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan sebelum ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan tersebut adalah berikutan terdapat syarat-syarat yang dikemukakan oleh penaja tidak dapat diterima dan tunaikan oleh pihaknya.

"Bagi saya keputusan seperti ini adalah lumrah selepas dua pihak mengadakan perbincangan dan ia tidak sepatutnya menyebabkan hubungan kedua-dua pihak menjadi keruh," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Dalam pada itu, Ahmad Bashah memaklumkan bahawa pihaknya berharap agar penaja dapat memahami keputusan ini dan sekiranya ada ruang pada masa depan, KFA bersedia berbincang dengan mana-mana pihak untuk memajukan bola sepak negeri Kedah.

Tegas Ahmad Bashah, pihaknya memberi peringatan kepada peminat bola sepak negeri berkenaan bahawa KFA bukannya persatuan yang sedang mengalami masalah, dan kini masih berjalan seperti biasa serta bersemangat untuk memajukan sukan yang sudah sebati dengan rakyat negeri ini.

"Saya akur bahawa dengan penajaan, ia mampu membantu pasukan, namun ia terpaksa kami tolak buat masa ini kerana kedua pihak gagal mencapai persetujuan dalam semangat menang menang," katanya.

0 Response to "Bersebab kenapa kami tolak tajaan...Ahmad Bashah Md Hanipah"

Post a Comment