Propellerads
Propellerads

PM diperintah menghadap Sultan Terengganu...



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak


LUNDU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.    

"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita di sini.


Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN Dun Tanjung Datu di sini hari ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11. - Bernama

0 Response to "PM diperintah menghadap Sultan Terengganu..."

Post a Comment