Propellerads
Propellerads

LAGI KENYATAAN DARI TNB.....Negara Panas memang perlu bayar Bil electrik Tinggi




KESAN EL NINO PADA HUKUM ELEKTRIK.
satu formula elektrik, joule's law

H = i^2 x r x t

Atau
Q=VxIxt
(Q-haba,V-voltan,I-arus dan t-tempoh)


dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan dan keterangan sebab el nino. 

contoh mudah:
peti ais
dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

so cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

so dalam situasi sama semasa fenomena el nino, 

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah fhm lagi, Bkn peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama. kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap x berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita x pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yg kita perlukan terangkan pada pengguna

wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik. 

sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sbb wayar terlalu panas.

0 Response to "LAGI KENYATAAN DARI TNB.....Negara Panas memang perlu bayar Bil electrik Tinggi"

Post a Comment