Propellerads
Propellerads

Kes aduan ular berbisa meningkat...


ANGGOTA bomba dan penyelamat memasukkan ular sawa yang berjaya ditangkap ke dalam guni di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir, Ledang, Johor. - GAMBAR HIASAN

TEMERLOH 26 April - Fenomena El-Nino yang berlaku di seluruh negara pada masa ini menyebabkan aduan berkaitan ular berbisa yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri ini menunjukkan trend meningkat daripada 16 kes pada Januari kepada 26 kes pada bulan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Morni Mamat berkata, cuaca panas melampau menyebabkan ular berbisa memasuki kawasan penempatan termasuk kediaman dengan mencecah 92 kes sehingga hari ini.

“Pada bulan ini sahaja sebanyak 26 kes direkodkan manakala 25 kes masing-masing direkodkan pada Februari dan Mac dan 16 kes pada bulan Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan balai pasukan bomba sukarela Sri Kerdau, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Kes aduan ular berbisa meningkat..."

Post a Comment