Propellerads
Propellerads

Berita Baik Buat Pemilik Volkswagen di Malaysia



Volkswagen Malaysia lancar Pusat 3S baharu 

KHAMIS, 21 APRIL 2016 - 12:07PM 

Oleh Ahmad Fiesal Othman fsal@bh.com.my

SEMENYIH: Volkswagen Malaysia dan HICOM Auto Sdn Bhd hari ini melancarkan Pusat 3S Volkswagen Semenyih yang juga cawangan jenama kenderaan Eropah pertama beroperasi di kawasan Semenyih. Memiliki keluasan keseluruhan 34,030 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Semenyih itu mampu mempamerkan lapan kenderaan dan mempunyai sebuah lounge untuk pelanggan, manakala pusat servisnya menyediakan 11 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 12 kakitangan selepas jualan yang berpengalaman dan terlatih. Dibina dengan pelaburan asal RM10.7 juta oleh HICOM Auto, ia membabitkan pembangunan keseluruhan, pembelian peralatan yang mendapat kelulusan Volkswagen, aspek selepas jualan, latihan dan bayaran gaji kakitangan.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Kellar, berkata bilik pameran Volkswagen Semenyih itu adalah bilik pameran keempat yang dilancarkan dalam suku pertama tahun ini. "Ia menjadi bukti bahawa kami ingin mengukuhkan tawaran produk kepada pelanggan kami," katanya pada majlis pelancaran Volkswagen Semenyih, sebentar di sini, tadi.

Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif dan Pertahanan DRB-HICOM Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pihaknya yakin kolaborasi antara Volkswagen dan DRB-HICOM yang menyaksikan dua jenama utama itu bekerjasama untuk terus membuka jalan demi memanfaatkan faedah bersama dalam jangka masa panjang. "Menerusi pelaburan ini, kami komited untuk menyedia dan meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya kepada pelanggan," katanya.

Pusat 3S Volkswagen Semenyih dibuka Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam, manakala pada hujung minggu dan cuti umum, bilik pamerannya dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145970?m=1

0 Response to "Berita Baik Buat Pemilik Volkswagen di Malaysia"

Post a Comment