Propellerads
Propellerads

HANYA DEPOSIT RM 1....kepada yang berminat beli rumah


DEPOSIT RM 1 SKIM PEMBIAYAAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

rumah mampu milik johor
Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak, skim pembiayaan ini adalah yang pertama dibuat di Malaysia dan mungkin akan dilancarkan di negeri yang lain. Skim ini juga menawarkan pinjaman 100 % kepada mereka yang layak meminjam. Inisiatif ini adalah kerjasama antara Bank Rakyat Malaysia dan Yayasan Sultan Ibrahim bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
“Pembeli hanya perlu mendaftar dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini. Pengumuman ini dibuat pada majlis perlancaran bangunan Menara Bank Rakyat yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor tempoh hari. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Rumah mampu milik Johor akan diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan pembeli rumah pertama ataupun pejawat awam mahupun swasta di negeri Johor. Skim pembiayaan ini boleh dilakukan di Bank Rakyat dan proses kelayakan terakhir skim pembiayaan ini pula akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Johor. Rumah mampu milik yang dibina akan dijual dengan nilai kurang dari RM 100,000. Peruntukan sebanyak RM 500 juta sumbangan DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim akan digunakan bagi membina sebanyak 6,000 buah unit rumah mampu milik Johor.
Semoga dengan andanya skim pembiayaan deposit RM 1 seperti ini dapat merealisasikan lagi impian rakyat Johor yang layak untuk memiliki rumah mampu milik mereka yang pertama. Bagi mereka yang ingin mendaftar untuk memiliki rumah mampu milik Johor atau ingin maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini bolehlah berbuat demikian disini.

0 Response to "HANYA DEPOSIT RM 1....kepada yang berminat beli rumah"

Post a Comment