Propellerads
Propellerads

BAKAL MENJADI IBU? Ikuti 7 langkah ini....

BAKAL MENJADI IBU? Ikuti 7 langkah ini....

Biasanya wanita yang pertama kali bergelar ibu akan mengadu susah hendak menyusukan bayi dengan susu ibu sebaik sahaja bersalin. Kata mereka, "susu tiada".

Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.

Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, ibu perlu lakukan beberapa langkah berikut bagi membantu menjayakan penyusuan susu ibu di awal kelahiran:


1. Dapatkan Bayi Segera

Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.

2. Bersedia

Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.

3. Kenali Kolostrum

Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.

4. Susu Kerap

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.

5. Rangsang

Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil.

6. Usah Risau!

Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.

7. Kenali Punca

Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.

0 Response to "BAKAL MENJADI IBU? Ikuti 7 langkah ini...."

Post a Comment