Propellerads
Propellerads

Anak Autisme yang sering disisihkan.... Yang kite Perlu Tahu...


Soalan

Apakah kaedah yang senang digunakan untuk para ibu bapa lakukan di rumah atau ciri-ciri yang biasa untuk mengenalpasti jika anak mempunyai autisme, terutama bagi bayi dan kanak-kanak dua tahun ke bawah?
Hafilah Salleh
Jawapan
Penyakit Autisme (ASD) adalah kecacatan perkembangan yang boleh menyebabkan cabaran sosial, komunikasi dan tingkah laku yang ketara.
Biasanya tiada apa yang membezakan penghidap Autisme dengan orang lain dari segi rupa, tetapi penghidap Autisme akan berkomunikasi, berinteraksi, berkelakuan dan belajar dengan cara yang berbeza berbanding orang lain.

Pembelajaran, pemikiran dan kebolehan menyelesaikan masalah penghidap ASD boleh berkisar daripada yang berbakat hingga yang mencabar. Sesetengah penghidap Autisme memerlukan banyak bantuan dalam kehidupan seharian.

Ia adalah empat kali lebih lazim di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.  Autisme dan tingkah laku berkaitan dengannya dianggarkan berlaku seorang dalam 68 bayi yang baru lahir.
Tetapi mendiagnosis Autisme boleh menjadi sukar, kerana tiada ada ujian perubatan seperti ujian darah untuk mendiagnosis gangguannya. Doktor melihat tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak untuk membuat diagnosis.
Autisme kadang kala boleh dikesan pada usia 18 bulan atau lebih awal  Pada usia dua tahun, diagnosis oleh profesional yang berpengalaman selalunya pakar psikiatri kanak-kanak boleh  dipercayai. 
Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidak menerima diagnosis akhir sehingga usia mereka meningkat. Kelewatan ini bermakna kanak-kanak dengan Autisme mungkin tidak mendapat bantuan yang diperlukan.
Tanda-tanda awal Autisme melibatkan ketiadaan perilaku normal-bukan kehadiran perilaku tidak normal. Jadi ia agak sukar untuk dikesan. Dalam sesetengah kes, tanda-tanda awal Autisme mungkin disalah tafsir sebagai tanda ‘bayi yang baik’ kerana bayi kelihatan agak pendiam, berdikari dan kurang meragam.
Bagaimanapun, anda boleh perasan beberapa tanda amaran awal jika anda tahu apa yang dicari. Sesetengah bayi autistik tidak bertindakbalas untuk pelukan, minta didukung atau melihat ke arah ibu ketika sedang menyusu.
Ibu bapa biasanya melihat simptom-simptom pada kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun. Beberapa simptom yang paling sering dikesan berkaitan dengan autisme adalah:
1. Tidak takut kepada bahaya, sama ada terlalu sensitif atau tidak sensitif langsung kepada kesakitan.
2. Mengelakkan hubungan mata.
3. Mempunyai kesukaran meluahkan apa yang mereka mahu atau perlukan.
4. Rutin mesti yang sama.
5. Mungkin menunjukkan kesukaran berinteraksi dengan orang lain.

0 Response to "Anak Autisme yang sering disisihkan.... Yang kite Perlu Tahu..."

Post a Comment