Dalam satu artikel di Utusan ini agak mengejutkan. Keputihan sebenarnya boleh berjangkit ke payudara! Tetapi ada faktor tertentu yang membolehkannya ia terjadi.
Keputihan adalah lelehan faraj yang disebabkan oleh yis atau kulat mikroskopik yang dinamakan candida albicans. Bukan setakat payudara, jangkitan ini juga boleh berjangkit kepada tempat lain di badan kita seperti kaki, mulut, muka, kulit, jari dan sebagainya.
Keputihan yang teruk iaitu lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti susu yang sudah basi, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung, rasa sakit apabila bersama suami dan semasa membuang air kecil, simptom-simptom tersebut sebenarnya tidak normal.
Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ini merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan malah anda mungkin tidak tahu ia berada di dalam badan anda.
Namun menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan antara jumlah kulat yis dan mikroorganisme lain dalam badan kita.
Faktor Yang Mendorong Terjadinya Keputihan
Antara faktor yang mendorong jangkitan keputihan
disebabkan oleh:
1. Memakai pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti jeans atau seluar dalam daripada nilon. Keadaan yang sendat dan panas ini akan mendorong pentumbuhan kulat ini di dalam faraj.
2. Wanita hamil. Bagi wanita hamil, kandungan gula yang dinamakan glikogen meningkat yang mengalakkan pertumbuhan yis candida ini.
3. Mengidap Penyakit kencing manis atau diabetes. Kandungan gula mengalakkannya ia membiak.
4. Pengambilan antibiotik. Pengambilan antibiotik mengangu keseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam badan. Ini adalah kerana antibiotik membunuh kedua duanya.
5. Kerap mengamalkan mandian buih berwangian atau panty liner yang mempunyai pewangi. Jadi pastikan panty liner yang dipakai adalah sesuai.
Keputihan Berjangkit Pada Bayi dan Payudara
Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.
Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Anda boleh melihatnya pada gambar diatas. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, namun ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.
Rawatan Keputihan
Perkara yang terbaik ialah dapatkan nasihat doktor anda bagi merawat keputihan yang dialami. Bincang dulu dengan doktor anda sebelum membeli sebarang ubat di pasaran terutamanya di internet.
Antara lain ialah dengan mengurangkan faktor yang mendorong pembiakan kulat ini seperti kurangkan berendam di dalam air panas, jangan gunakan mandian buih yang mempunyai pewangi, mengunakan seluar dalam cotton atau kapas.
Pastikan anda lap punggung dan faraj sehingga kering jika ke tandas. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pastikan melakukan foreplay dan faraj anda cukup basah sebelum melakukan penetrasi.
0 Response to "Awas! Keputihan Boleh Berjangkit...Jangan Pandang Mudah"
Post a Comment