Apa yang saya nak ceritakan ini adalah rasa tidak puas hati saya terhadap ASTRO. Saya harap pihak persatuan pengguna dan KPDNKK dapat menyiasat dakwaan saya terhadap ASTRO ini. Bagi saya, ASTRO bersikap khianat kepada pelanggan.
1. Saya pernah mengalami bil terlambat bayar. Bil secara lewat dipos atau dirancang (?) kelewatannya oleh ASTRO sendiri agar dia boleh caj. Saya rasa ASTRO potong perkhidmatan tengah malam. Contohnya dia potong pukul 3.00 pagi dan dia sambung balik pada pukul 3.05 minit. Tujuannya apa? Dia claim caj penyambungan. Ramai pelanggan yang tak sedar caj penyambungan puluhan ringgit ini. Kita pun tak sedar dia potong kerana siangnya kita dapat tonton macam biasa.
2. Kalau kita nak daftar dan buat pembayaran bil cukup mudah. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan. Tetapi apabila kita nak buat pemberhentian langganan amat susah. Mereka akan arahkan kita telefon sendiri kepada ASTRO. Di sini sekali lagi kita sakit hati. Nak dapat bercakap tekan macam-macam nombor. Last sekali, “pegawai kami sedang sibuk/ sila tunggu sebentar sambil dengar music kami”. Akhirnya terpaksa pakai lagi ASTRO. Soalannya, kenapa ASTRO tak sediakan borang permohonan untuk pelanggan berhenti melanggan di setiap kios, kedai atau pejabat cawangan ASTRO? Bila permohonan kena dibuat melalui panggilan telefon, maka tiada salinan surat permohon yang boleh dijadikan bukti oleh pelanggan.
3. Bila buat permohonan berhenti perkhidmatan pula, diarahkan tunggu pula dalam tempoh sebulan hingga tamat langganan bulan terakhir. Jadi untuk tempoh menunggu itu, dikenakan pula caj. Yang peliknya bil akhir saya selepas ASTRO memotong perkhidmatan ialah RM322.00. Oleh kerana tempoh notis sebulan itu, bil bertambah menjadi RM387.00. Sekali lagi pelik berlaku. Dalam bil saya ada ‘reconnect’ pula lalu bil akhirnya bila bertambah lagi. Apakah ini semua penipuan terancang oleh pihak ASTRO?
4. Kontrak langganan untuk kedai makan selama 2 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana bagaimana jika perniagaan ditutup selepas setahun. Kedai tidak disewa lagi. Bil ASTRO kena bayar bulan-bulan. Kalau nak berhenti, kena bayar baki bulan-bulan hingga cukup 2 tahun.
Sakitnya hati bila kita diugutnya dengan surat dari pejabat peguam. Akhirnya, saya ambil keputusan jumpa ASTRO di mahkamah je. ASTRO jawablah dan beri penjelasan di mahkamah nanti. Dengan saya dia boleh kelentong. Biar dia kelentong dalam mahkamah. Harap hakim menyebelahi saya. Kalau kena bayar pun puas hati. Kes ini kalau dibawa ke mahkamah boleh jadi rujukan untuk semua. Boleh juga pembaca kongsi cerita mainan ASTRO di sini.
0 Response to "ASTRO KINI PANAS - Bakal DiHeret Ke Mahkamah...."
Post a Comment