Propellerads
Propellerads

Cara tukar nama geran motor atau kereta owner meninggal dunia




Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya


CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN MOTOR KERETA PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA

Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut 4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti INFO DAN 


PANDUAN TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK

Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan (sekali sahaja) oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini


PERTANYAAN DAN JAWAPAN PIHAK JPJ

Siapa Yang Berhak Keatas Kenderaan Berdaftar Yang Ditinggalkan Oleh Si Mati Sekiranya si mati meninggalkan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang ditetapkan ia akan memudahkan lagi urusan pertukaran milikan kerana dokumen rasmi seperti perintah surat pentadbir harta pusaka sudah ada Jika tidak, waris si mati boleh membuat permohonan yang berkenaan dan salah satunya adalah dengan membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah berdekatan bagi menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih) Maklumat lanjut tentang prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan, sila rujuk dengan pihak Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah atau klikMaklumat Rasmi Pembahagian Harta Pusaka Kecil Setelah selesai proses agihkan harta mengikut waris (penerima) dalam tempoh jangkamasa tertentu, waris akan menerima Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati Waris (Individu) yang dapat kenderaan atas nama si mati perlu buat proses pertukaran nama (hakmilik) dengan menggunakan Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka sebagai bukti pengesahan / sokongan atas pemilikan baharu untuk membolehkan kenderaan itu menjadi hak sepenuhnya pemunya baru dan sah digunakan atas jalan raya CONTOH PENGESAHAN / 


SOKONGAN SEBAGAI PEMILIKAN BAHARU

Puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja Panduan Pemeriksaan Tukar Milik di Puspakom seperti lampiran carta aliran yang disertakan dibawah 


PANDUAN DAN CARA PEMERIKSAAN KERETA DI PUSPAKOM UNTUK TUKAR MILIK JPJ

Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan Sila rujuk kepada senarai borang yang diberitahu seperti diatas, lengkapkan dengan sempurna dan sertakan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam setiap borang permohonan Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon CONTOH


SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN BORANG UNTUK URUSAN PERTUKARAN PEMILIKAN DI JPJ 

Myeg Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ Orang Ketiga Orang ketiga disini bermaksud individu yang membeli kenderaan tetapi tidak sempat membuat pertukaran milikan keatas kenderaan terbabit kerana pemilik sebelum ini (penjual) telah meninggal dunia dan geran masih atas nama si mati Salah satu cara bagi menyelesaikan masalah ini, pembeli perlu mendapatkan bantuan waris si mati, menukarkan nama si mati terlebih dahulu kepada nama waris mengikut prosedur seperti yang dinyatakan diatas Setelah proses tersebut diselesaikan barulah urusan pertukaran milikan kenderaan boleh dibuat membabitkan waris si mati dengan pembeli tersebut Sekiranya pautan borang berkenaan tidak boleh dicapai / diakses ia mungkin disebabkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami masalah atau borang tersebut tidak boleh digunapakai lagi Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ. Sehubungan dengan itu bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai perkara ini pemohon perlu merujuk ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi melancarkan proses urusan pertukaran hak milik berkenaan Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan persendirian milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan sebarang baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan. Jika sebaliknya sila rujuk dengan pihak JPJ atau institusi kewangan / perbankan yang terlibat bagi mendapatkan keterangan lanjut

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

0 Response to "Cara tukar nama geran motor atau kereta owner meninggal dunia"

Post a Comment