Ramai di antara kita yang ragu-ragu dengan saiz seluar dalam sendiri. Menurut seorang pakar pakaian dalam serta pengasas kepada White Rabbit NY Mariana Hernandez, ramai di antara wanita lebih cenderung untuk membeli seluar dalam yang lebih kecil dari saiz pinggul mereka. Jangan terlalu takut untuk membeli seluar dalam yang lebih besar.
Mungkin pada mata anda ia nampak besar tetapi anda perlu ingat bahawa lingkaran pinggang dan pinggul anda adalah melebar. Seluar dalam tersebut juga akan meregang dan melebar sebaik disarungkan ke pinggul dan oleh itu, cuba berimaginasi. Jika seluar dalam yang dipakai terlalu ketat pada pinggul, mulalah ada bonggol-bonggol lemak yang akan timbul di sana-sini seterusnya menjadikan bentuk badan anda tidak rata. Dan… Ia juga tidak sihat untuk vagina anda. Jika mahu vagina yang sihat, pastikan anda memberinya sedikit ruang untuk bernafas okay?
#2 Salah Padan Seluar Dalam Dengan Pakaian
Anda memakai dress, seluar yang ketat? Hati-hati! Jika anda memakai skirt atau seluar yang ketat (diperbuat dari fabrik getah elastik), pastikan anda memakai seluar dalam mempunyai potongan seperti seluar pendek. Contoh:“Spanx” atau “Control Shorts”
Foto -matalan.co.uk
Fikirkan tentang tekstur, fabrik dan warna seluar dalam itu terlebih dahulu. Jangan sesekali memakai seluar dalam jenis “thong” kerana garisan kemasannya serta reka bentuk seluar dalam tersebut akan terlihat nyata pada permukaan pakaian ketat anda. Jika mahu selamat, cuba cari seluar dalam yang pemakaiannya bisa menutup penuh keseluruhan pinggul anda sekaligus menghalang timbulnya garisan seluar dalam.
Fikirkan tentang tekstur, fabrik dan warna seluar dalam itu terlebih dahulu. Jangan sesekali memakai seluar dalam jenis “thong” kerana garisan kemasannya serta reka bentuk seluar dalam tersebut akan terlihat nyata pada permukaan pakaian ketat anda. Jika mahu selamat, cuba cari seluar dalam yang pemakaiannya bisa menutup penuh keseluruhan pinggul anda sekaligus menghalang timbulnya garisan seluar dalam.
#3 Memakai Seluar Dalam “Mesh” Ketika Musim Panas
Ya, seluar dalam jenis mesh sangat nipis dan ringan. Bagai tidak memakai apa-apa. Tetapi tahukah anda bahawa seluar dalam jenis mesh selalunya diperbuat dari material jenis poliester yang bisa memerangkap haba, mengumpul peluh dan lembapan. Eww! pasti punggung anda akan basah senantiasa nanti. Tak selesanya!
Untuk itu, cuba amalkan memakai seluar dalam yang diperbuat dari material berserat seperti kapas kerana ia bisa menyerap basahan badan secara rapi tanpa membiarkan punggung anda lembap sentiasa.
#4 Memakai Seluar Dalam Putih Dengan Pakaian Putih
Warna putih adalah antara warna cerah yang akan memberi ilusi jarang. Hati-hati memilih pakaian dalam berwarna jika ingin memadankannya dengan pakaian putih kegemaran anda.
Cari pakaian dalam yang menyerupai tona kulit seperti kuning langsat, nude mahupun coklat untuk dipakai ketika menggayakan helaian pakaian rona cerah dan polos demi mengelak dari orang ternampak biasan rona pakaian dalam anda itu. Memalukan!
Paling penting, jangan gatal-gatal memakai seluar dalam yang bercorak dengan seluar atau kain jenis cerah, jarang dan polos. Itu memang cari nahas namanya!
#5 Membasuh Menggunakan Mesin
Tidak! Lebih-lebih lagi pakaian dalam yang berdawai seperti push-up bra. Untuk seluar dalam pula, kondisi air yang panas, putaran kasar mesin serta sabun basuh bisa merosakkan serat-serat pada material kapas lembut seluar dalam.
Oleh itu, basuh guna tangan sahaja dengan sabun khas yang lebih lembut. Atau jika anda tetap mahu mencuci menggunakan mesin, masukkan pakaian dan seluar dalam anda dalam beg basuhan khas yang boleh didapati di Daiso sebelum membasuhnya dalam mesin!
Untuk proses pengeringan, biarkan ia kering dengan cahaya matahari tidak terik atau angin sejuk. Jangan pula ia dibiarkan kering dengan putaran ‘mesin pengering’ kerana angin dalam mesin pengering adalah sangat panas. Khuatir jika ia akan merosakkan, serta mengecutkan pakaian dalam anda nanti.
#6 Terlalu Kedekut Ketika Berbelanja Membeli Pakaian Dalam
Pakaian dalam yang murah biasanya diperbuat dari material dan fabrik yang tidak berkualiti. Tetapi, ikutlah pada kemampuan. Sekali-sekala berbelanja lebih untuk keperluan yang menjaga ‘aset’ anda, apa salahnya. Jangan terlalu kedekut tahu?
Jika anda sayangkan pinggul anda serta kesihatan vagina anda, beli pakaian dalam yang berkualiti, yang bisa menyerap peluh dan tidak meninggalkan kesan merah gara-gara jahitannya terlalu kasar. Yup! Walaupun hanya anda sahaja yang bisa melihatnya.
CLICK UNTUK INFORMASI TERKINI
Gambir Panas
CLICK UNTUK INFORMASI TERKINI
Gambir Panas
0 Response to "Kesalahan Yang Sering Wanita Lakukan Dengan Seluar Dalam"
Post a Comment