PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta nama-nama individu yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk membersihkan nama mereka.
NAJIB: Pastikan tiada wang rakyat disalah gunakan.
Pada masa sama, beliau juga mahu individu-individu tersebut untuk bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Tegas Datuk Seri Najib, kerajaan berpegang dengan prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat dan mahu siapa yang namanya disebut, mengambil tanggungjawab dan bersihkan nama.
"Pastikan tiada wang rakyat disalah gunakan. Inilah prinsip kita. Lambat laun kita akan tahu kebenaran. Kita ikut proses keadilan yang dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji, Program Khas Haji YAB Perdana Menteri, Yayasan 1MDB, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.
Home » Uncategories » Tegas Datuk Seri Najib, kerajaan berpegang dengan prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak...minta individu disebut DOJ bersihkan nama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!->
0 Response to "Tegas Datuk Seri Najib, kerajaan berpegang dengan prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak...minta individu disebut DOJ bersihkan nama"
Post a Comment