Propellerads
Propellerads

Keybord Warrior Bakal Dikenakan Tindakkan Undang Undang September ini......Datuk Seri Azalina Othman Said



KUALA LUMPUR: Mahkamah Khas Siber bagi membicarakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang siber dijangka mula beroperasi di Kuala Lumpur, September ini sebelum disusuli Selangor dan Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan penubuhan mahkamah khas berkenaan sudah dimaklumkannya kepada Kabinet hari ini dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. 

"Fasa pertama Mahkamah Khas Siber dijangka mula beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula September 2016 diikuti Selangor dan Johor kerana ketiga-tiga negeri terbabit mencatatkan kes jenayah siber yang tinggi.

Ia kemudian akan disusuli negeri lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya mahkamah khas itu diwujudkan susulan aliran serangan siber yang membimbangkan seperti penggodaman, penipuan

dalam talian, 'botnet', 'web-defacement', kecurian maklumat, pengintipan, judi siber dan pornografi. "Kerajaan juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan.

Satu memorandum Jemaah Menteri mengenai penubuhan mahkamah itu akan dibentangkan dalam masa terdekat," katanya. Azalina berkata, Mahkamah Khas Siber sama seperti penubuhan mahkamah khas lain dengan hakim dan pihak berkaitan akan diberikan latihan menyeluruh dan mencukupi bagi memastikan institusi itu dapat berfungsi dengan baik.

"Mahkamah ini akan ada hakim yang khusus bagi mendengar kes berkaitan undang-undang siber," katanya. Penubuhan Mahkamah Khas Siber sama seperti mahkamah khas lain, antaranya Mahkamah Khas Rasuah, Mahkamah Khas Koroner, Mahkamah Khas Anti-Pencatutan dan Mahkamah Khas Alam Sekitar.

0 Response to "Keybord Warrior Bakal Dikenakan Tindakkan Undang Undang September ini......Datuk Seri Azalina Othman Said"

Post a Comment