Kenaikan Bukti Kerajaan Meletakkan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat Sebagai Yang Paling Utama
Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai
Najib berharap kenaikan tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.
KUALA LUMPUR: Mulai esok, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 akan dilaksanakan bagi semua penjawat awam berbanding RM837 sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun rasmi Facebook dan Twitternya berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.
Tambahnya lagi kerajaan menghargai usaha dan kerja keras penjawat awam meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya mengenai keadaan kewangan kerajaan dan negara.
Beliau turut berharap kenaikan tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.
Sementara itu :
PETALING JAYA: Harga minyak naik 5 sen secara menyeluruh mulai esok, 1 Julai.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Alang Zari Ishak mengesahkan kenaikan itu ketika dihubungi Star Online hari ini.
Perkembangan ini menandakan kenaikan kali pertama harga minyak sejak April.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel mengikut sistem apungan terurus bahan api bermula 1 Dismber 2014 apabila subsidi bahan api dimansuhkan.
Perlaksanaan sistem itu mengambil kira faktor harga minyak mentah dunia dan kekuatan matawang negara pada bulan sebelumnya.
Portal Berita Automotif Paul Tan melaporkan RON 95 akan naik ke RM1.75 seliter, RON97 RM2.10, diesel RM1.60 dan diesel Euro 5 RM1.70.
0 Response to "kata2 paling win buat yang bodoh matematik...."
Post a Comment