Propellerads
Propellerads

Terkini...Jet pejuang TUDM terhempas...

KUANTAN - Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran kawasan sawah padi di Kampung Serum, Nenasi, Pekan di sini kira-kira pukul 12.52 tengah hari tadi.
Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa kerana dua mangsa yang berada di dalam jet pejuang berkenaan sempat menyelamatkan diri dengan terjun daripada pesawat itu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Herman Omar berkata, jet berkenaan terhempas berhampiran kawasan sawah padi dan hutan.
''Dua mangsa, seorang berpangkat Mejar dan seorang lagi Leftenan selamat. Mangsa yang berpangkat mejar hanya cedera ringan manakala seorang lagi mangsa yang berpangkat leftenan mungkin patah kaki.
''Saya difahamkan oleh mangsa bahawa jet pejuang itu terhempas disebabkan enjinnya telah mati ketika sedang terbang dan dua anggota tentera di dalamnya mengambil keputusan terjun menggunakan payung terjun.
''Tiba di sini, kami telah menjumpai kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat kira-kita satu kilometer (KM) dari tempat jet pejuang ini terhempas,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Herman bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jenis jet pejuang berkenaan.

0 Response to "Terkini...Jet pejuang TUDM terhempas..."

Post a Comment