Propellerads
Propellerads

Jangan sebut bom...

Orang ramai diminta tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun dengan niat bergurau ketika berada di sekitar KLIA.

SEPANG - Orang ramai diminta tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun dengan niat bergurau ketika berada di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.
Ini kerana perkataan tersebut termaktub dibawah Kod 92 Undang-Undang Pelan Kecemasan Lapangan Terbang yang dikategorikan sebagai satu bentuk ancaman.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, individu yang dikesan mengeluarkan perkataan tersebut juga boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menyebarkan ugutan jenayah.
"Kes ini amat membimbingkan kerana terdapat 15 kes tersebut telah dilaporkan berlaku di kedua-dua lapangan terbang itu dari tahun lalu sehingga bulan ini.
"Oleh itu, saya memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan bom walaupun bergurau kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan awam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

0 Response to "Jangan sebut bom..."

Post a Comment