Propellerads
Propellerads

Bank Negara keluar kompaun kepada 1MDB

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan arahan kepada syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development (1MDB) supaya memulangkan semula wang yang dihantar ke luar negara selepas pembatalan kelulusan yang diberikan pada tahun 2009 hingga 2011.
Dalam kenyataan medianya, BNM mengatakan sudah mendapat kelulusan Peguam Negara untuk mengeluarkan surat kompaun pengurusan kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan dibawah Akta Perhidmatan Kewangan 2013.
“Perkara ini termasuk keperluan untuk 1MDB memulangkan semula wang yang dihantar ke luar negara selepas penarikan semula tiga kelulusan yang diberikab Bank Negara kepada 1MDB pada 2009, 2010 dan 2011,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu juga, BNM juga mendakwa 1MDB gagal menghantar bukti dan dokumen yang diminta oleh BNM untuk menjelaskan ketakupayaannya mematuhi arahan penarikan.
“1MDB juga diberikan sehingga 30 Mei untuk membayar kompaun,” kata BNM.
Menurut BNM, pembayaran kompaun tersebut bermakna semua siasatan BNM berhubung pelanggaran undang-undang dan peraturan bank pusat selesai.
Kertas siasatan BNM sebelum ini ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara walaupun mereka mendakwa wujud salah laku dan terdapat kes untuk mendakwa syarikat bermasalah itu.
1MDB ketika ini sedang berdepan siasatan peringkat global dimana hampir lima negara sedang menyiasat apa yang disyaki wujud penipuan dalam aliran wang. – 28 April, 2016.

0 Response to "Bank Negara keluar kompaun kepada 1MDB"

Post a Comment